Friday, January 29, 2010

bukan mee "mamak" tapi mee mama... :-)


jom jamu mata...sekurangnyer puan-puan dapat idea nak masak utk wiken ni kan.maklum ler hujung minggu sambil bersantai kat rumah bole ler masak utk famili...tapi awal bulan ni ramai yg makan kat luar maklumlah nak tukar selera.. :-)

mengutamakan famili dlm agama islam sgt dituntut dan seorg suami akan diberi pahala sedekah..
ada jugak suami dgn rakan taulan sgt bermurah hati belanja makan sampai tak henggat donia tapi dgn famili sgt berkira yakni 'kudukut' tangkai jering..haiyaa!(tak baik tau..)

ada...mmg ada.ini fakta bukan auta.sesiapa yg terasa dirinyer termasuk dlm golongan yg combi maksudkan sila berubah yer kerana rezeki yg anda dapat itu adalah berkat doa famili yakni isteri dan anak-anak.alhamdulilah.

tazkirah dipagi jumaat yg mulia... (^_^)


layan jerr...


*ahad ni nak jumpa bujang...ermmm huby suruh masak ketupat segera dgn rendang daging atau pun kari daging kentang..kena osom dulu nih :p




Tuesday, January 26, 2010

dimana kan ku cari..

baki gula yg ada skrg..

bole ler dari takde kan..

Adehhh...dah sebulan lebih rasanyer susah nak nmpk gula kat sabah.combi mmg takde stok gula dlm gerobok.dulu setiap bulan combi akan beli gula utk stok ketika kecemasan.tapi sejak dah nak kurangkan makan gula takde ler combi membeli gula kononnyer.hahh..ambek ko bila betul-betul dah darurat baru tau.sesiapa yg nak datang ke rumah combi sila bawa gula atau tapau air memasing yer..heheh :p


ada kawan combi beli gula sekilo rm2.20.macamana tu??kalau dah terdesak pejam jer sebelah mata buat-buat tak mahal.apapun mmg ada org menangguk di air keruh nmpknyer..


ada restoran tak jual teh O,nescafe O atau jus buah-buahan cuma yg ada minuman bersusu sahaja.ermmm kalau bersusu pun mesti nak taruk gula siket baru ada ummpph betul tak??


O ye...'dimana ada gula,disitu pasti ada semut'.combi dgr lori gula menjadi rebutan dan sebutan ramai org skrg.asal ada berita tentang lori gula maka berduyun-duyun lah rakyat jelata menunggu dgn setia esp peniaga kedai makan.sorang hanya dibenarkan membeli 2 kilo sahaja(ek elehh..).tapi sehingga hari ini combi belum nmpk lori gula pun (mmg tak nmpk sbb dok kat rumah..hehe)


*baki gula diatas combi simpan utk buat sambal tumis jek.kalau takde gula lain pulak jadi sambal tumis kan.tak suka!

*mesti laku giler produk minuman 3 in 1 skrg kan.. (^_^)



layan jerr..









apa saja untuk mu..

bujang : assalamualaikum mama..

combi : ws..apa khabar? semua ok ke..

bila dgr suara dia terus rasa sebak.. :(

bujang : alhamdulilah aan ok jer kat sini.tadi pagi dah bangun solat subuh pastu tido balik sbb hari ni kami free..

sejak kat kem mmg rajin dia solat..dia cakap dahi dia dah berbekas.alahai :)

combi : dah lunch ke?

bujang : belum jap lagi kul 12pm.tadi pagi aan tak bfast pun sbb malas nak gi dewan makan.

combi : tak lapar?? dah kul 11.30am ni..

bujang : takpe jap gi nak lunch dah..mama datang tak hari ni?

combi : datang..macam biasa mama sampai sana kul 1pm kot..mama masak spaghetti hari ni..

bujang : o ye?? mama buat banyak tak?bole makan dgn kengkawan nanti.mesti dorang suke tu mama.nasik lemak mama hari tu dorang cakap sedap sbb dah lama tak mkn nasik lemak..

kesian combi dgr part ni.aduiii baru 3 minggu dah rindu masakkan mak memasing ek..

combi : nak makan berapa org??

bujang : ade ler dlm 6 atau 7 org gitu..

combi : hahh??ramai tu..cukup ke sepaket ni..

bujang : takpe ma kami share ramai-ramai..ok tu jgn risau..

rasa tak sedap hati jugak..tapi bila combi pack satu paket tu dapat dlm 3 kontena penuh jugak.

combi : nanti kalau tak cukup lenkali mama masak lagi..kesian pulak kat dorang ekk.

combi fikir dia nak mkn dgn 2,3 org kawan jer..

bujang : ok ma nanti kita jumpa..aan nak gi dewan dah ni..

combi : insyaALLAH kita jumpa kat sana ye..

bujang : bila dah sampai mama kol.bye ma assalamualaikum..

combi : ws bye.takecare tau..

perbualan combi dgn bujang sebelum combi jumpa dia kat kem.lega bila dapat dgr suara dia.bila sampai kat sana kami borak mcm biasa tanya itu ini dan sehingga combi tunjuk klip video terus nangis (n3 dibawah) ..mmg combi tahu dia dah lama bertahan sbb minggu lepas dah nmpk lain pun tapi masih bole terus tersenyum..

combi minta diri balik kurang lebih jam 2pm sbb nak beri peluang dia berehat bersama dgn kengkawan dia pulak.berat rasa hati nak berpisah tapi pengalaman dia disini lebih berharga dimasa depan.

bujang sms combi >> "ma..spagheti tu licin x smpi 5 min pn.dorg ckp sdp!" (senyum lega combi weiii.. )


layan jerr..




Monday, January 25, 2010

aku bukanlah superman..!

~ bujang bersama si aniQ ~


"ayahku selalu berkata pada ku,laki-laki tak bole nangis...." begitulah antara bait lirik lagu anak-anak cilik yg comel dan ganteng dari indon kumpulan The Lucky Laki.sila klik disini...tapi lelaki juga manusia yg punya hati & emosi maka dgn itu gugur lah juga airmata anak bujang combi kelmarin.


setelah 3 minggu di kem maka tak terbendung airmata rindu bujang combi bila ditunjukkan klip video anak tumpang combi si aniQ.combi pun ikut sama menangis sbb combi dapat rasakan rindu dia pada semua org yg rapat dgn dia.aniQ mmg manja dgn semua org especialy huby dan bujang.asal nmpk dorang balik jer ke rumah dia yg duluan sibuk minta bukak pintu.


minggu ni combi dah janji dgn bujang nak bawa aniQ jumpa dia.perpisahan mengajar kita erti kerinduan dan kasih sayang.combi harap bujang akan belajar erti kehidupan yg sebenar kerana hidup ini terlalu banyak cabaran utk ditempuhi harus tabah dan kuat serta selalu berdoa minta kekuatan dari yg esa.

*bujang excited bercerita minggu ini dorang sudah mula dgn aktiviti dlm air :)


layan jerr..




Tuesday, January 19, 2010

lemak udang nenas...


~lemak udang nenas~


sejak kawin dgn huby combi dah pandai masak lemak udang nenas sbb lauk ni mmg fav huby dan anak2..kalau disebelah utara perak jarang ada yg suka lauk lemak mcm gini termasuk ler famili combi dikampung.biasanye masakan yg popular sejak combi kecil lagi hanya lauk kari samada kari ayam,daging,udang,sotong atau ikan...kari kari kari! :p


teringat masa combi sekolah dulu.balik jer dari sekolah,terus bukak tudung saji kat atas meja.kalau ada lauk kari excited nak makan nasi.kalau takde kari mcm takde mood nak makan.penangan kari mak combi mmg sedap walau kari apa sekalipun.ermmm...mmg ler masakan mak kita yg paling sedap dlm dunia.betul tak??

*anak2 cakap kari yg combi masak pun sedap...sape lagi nak puji kan kalau bukan dorang walaupun rasa kari tu yg 'ado' :D

hujung minggu ni nak masak spagheti nak bawa pergi ke kem... :)


aduiii.. sungguh menusuk kalbu lagu KDCT ~ tanpa mu *sila-sila play kat sebelah :)


layan jerr..



Monday, January 18, 2010

TQVM my dear... (^_~)


minggu lepas seminggu precious bawa kereta dia gi kolej.so seminggu ler si black tu diparkir tempat panas dan hujan.kesian dia tau.. :(


minggu ni dia tinggalkan si black kat rumah so dapat ler si black berteduh didlm garaj.tapi minggu depan terpaksa berhujan panas semula.begitu lah nasib si black setiap minggu.


oh ya..apa kena mengena big apple donut diatas dgn si black pulak??ermmm...big apple tu precious yg beli.TQVM my dear ingat gak nak belikan mama buah tangan.on d way nak balik ke tuaran dia singgah 1B beli mende alah ni.cayang dia...muahhh!

masin mulut combi sbb n3 yg lepas combi cakap nak makan big apple nx year yakni tahun ni lah.rezeki awal tahun gitu.alhamdulilah terima kasih daun keladi,minggu depan dan seterusnyer beli laa lagi ekeke :p

*beli beef burger mcD pulak takmoh big apple lagi...bole??


layan jerr..




hanya tuhan yg tahu..

air melepasi jalan raya dgn arus yg agak deras..

sawah padi seumpama lautan..

pertama kali combi tgk fenomena banjir live dgn mata sbb selalu nmpk ditv jek..

banjir melanda negeri sabah.kawasan yg terlibat termasuk pantai barat sabah iaitu kota belud dan kota marudu.hujan yg turun 3 hari berturut-turut menyebabkan byk kawasan tenggelam.


combi sgt berdebar sbb bimbang jika hujan tidak berenti bermakna combi tidak dapat berjumpa dgn my bujang pada hari ahad yg lepas.adehhh sedih dan rindu sgt dgn my bujang.combi mmg menanti panggilan telefon dari dia utk bertanya khabar berita.


mlm sabtu(lambat dorang kena kasi hset) dia sms combi mengatakan air dah naik so combi tak dapat pergi ke sana.'hanya tuhan yg tahu' perasaan combi ketika itu.sedih sgt sbb combi dah berkobar-kobar nak jumpa dia.tapi utk menenangkan perasaan sendiri combi tetap berdoa semuga ALLAH perkenankan doa combi.


combi ajak huby buat solat hajat supaya jika hujan reda dapatlah kami pergi ke sana.alhamdulilah ALLAH maha mendengar dan pagi ahad tu combi nmpk cuaca dah ok sedikit cuma hujan renyai-renyai jer.kami nekad utk sampai ke sana walaupun dipertengahan jalan hujan mulai turun dan kiri kanan jalan sawah dan rumah mcm lautan dipenuhi air.


sepnjg perjalanan mmg berdebar tapi combi dah maklum pada my bujang in case banjir teruk combi akan berpatah balik so tak dapat jumpa dia minggu ini.tapi dlm hati tetap berdoa tak putus-putus.nasib combi agak baik sbb air surut sedikit dan kami melepasi dua tempat dimana air melimpah ke atas jln raya.


alhamdulilah syukur ke hadrat illahi doa dan impian combi direstui.hanya lebih kurang setengah jam jer combi bersama dia namun rasa rindu combi terubat ler jugak.kami terpaksa bergegas balik bimbang air akan naik semula sbb hujan dah mula turun lagi.. :(


*begini rupanye perasaan mak kita dulu-dulu ekk.


layan jerr..




Friday, January 15, 2010

jom berkubang...!

bunga matahari pun nak join jugak.. :p

dah menggigil yer...air dari bukit mmg sejuk giler beb

PEACE no war..
aksi stunt si bujang..rindu banget sama kamu dong!

setiap kali balik ke kampung kami wajib singgah Taman Rekreasi Bukit Pancor Sg Kecil sbb taman ni berdekatan dgn kebun kami.tapi setiap kali kami singgah mesti hujan renyai2...mcm tahu jer kita org nak berkubang disana.mungkin ramai yg belum tahu tempat ni tapi mmg sesuai utk berkelah atau bermandi manda kerana ada disediakan tempat utk BBQ,pondok rehat dan bilik mandi utk menukar baju.


jika dah penat bermandi manda boleh menjamu selera dibeberapa buah restoran atau gerai yg berhampiran dgn jalan besar.combi nak promote mee udang atau mee bandung kerana gerenti sedap menjadi kegemaran kami anak beranak..sila-sila!


ada sesuatu utk dikongsi dgn kawan-kawan semua.sudi kiranya singgah disini dan combi dahulukan dgn ucapan terimakasih..








Wednesday, January 13, 2010

apa kes..??

~hset baru huby...cun arr~

sunyi?anda dipilih utk menikmati model kami yg panas.utk mendapat koleksi video peribadi yg hangat tersebut,sila balas ya.warning! hanya utk umur 18 ke atas.

message details :

from : 0134521137

time : 11.26am



..............

video model terlampau!taip ON NANA dan hantar ke32886 skrg.pendaftaran FREE.download skrg dan jgn tunggu lagi.

message details :

from : 63660

time : 5.46pm



............

RM0.00 nak dapatkan koleksi video dan foto "projek awek panas dlm kereta kpd handset?tekan REG FUN dan sms ke 33883.dptkan koleksi yg menarik ini!

message details :


09.09.2009

from : 63383

time : 4pm



korang pernah terima sms mcm gini tak?? combi dgn huby selalu dapat.kdg-kdg bujang combi pun dapat.heran betul apa motif dorang ni ekk.bisnes yg sungguh tak bermoral.gila,bengong,bangang sampah masyarakat betul org yg buat kerja ni.combi sumpah tujuh keturunan tak senang hidup didunia ni..ambek ko!


layan jerr..

*semoga ALLAH swt perkenankan(makhbul) doa combi dipagi jumaat yg mulia ini.jgn lupa gerhana matahari ptg ini kerana ia hanya akan berulang kembali pada 2016 nanti.insyaALLAH





memori terindah tercipta disini..

penjara taiping yg dah tak digunakan lagi.mmg antik bangunan ni.kalau dulu bila lalu kat depan penjara ni rasa seram jek.mana tidaknyer takut ada banduan yg terlepas keluar.huhu lawaknyer combi :p

maxwell hill atau bukit larut merupakan tempat peranginan yg pertama sebelum adanye fraser hill,cameron highland dan genting highland.diatas puncak bukit ada beberapa resort yg bole disewa utk bermalam.tapi disebabkan bilik yg terhad kena ler booking awal.pengangkutan utk ke atas hanyalah dgn jip yg hanya beroperasi dari jam 8am sehingga 3pm.

utk yg tidak bermalam anda hanya dibenarkan 2 jam berada diatas bukit.lama tu sempat posing maut kat atas tu bergambo kenangan... :p


cantik tak jip tu..??model dah tentu cun bah ha ha ha :D

ermmm posing jgn tak posing... :p

bole jugak berjalan kaki tapi ia mengambil masa yg lama sbb kena menggunakan track yg disediakan.kalau dulu bole main short cut jek so bole cepat sampai diatas.bole sesat weiii kalau tak ikut track :(

tak sah kalau tak berkepit.. :D

tugu peringatan ape ekk.aduiii lupa la pulak :(

phewittttttt...

sgt comel kereta tu ekk.tapi mana lebih comel??kereta or model.kereta ni diletak depan pintu resort bersama dgn basikal tua dan beca sinonim dgn taiping bandar warisan.

combi lupa nama resort ni la.tapi tempatnye di dlm taman tasik taiping on d way nak pergi bukit larut.adehhh macamana bole lupa ni ekk.nmpk sgt mokcik dah semakin larut mcm bukit larut yg semakin dilupai..

ada playground dalam kolam renang dan kolam ni agak cetek sesuai utk kanak-kanak bermandi manda.ibubapa bole duduk didepan chalet utk memerhati anak-anak anda.

chalet 2 tingkat mengadap kolam renang..jom jom kita lepak!

yg paling best kita shopingggggggggggg!

bandar taiping dan bukit larut terpahat memori indah antara combi dgn huby disini.tapi masa tu hanyalah hubungan cikgu dan student sahaja.kami sama-sama mendaki bukit larut ketika aktiviti bersantai ke bukit larut bersama dgn kawan-kawan yg lain.antara kami tidak ada apa-apa perasaan pun ketika itu kerana cikgu sgt dihormati dan disegani.tapi ajal,maut dan jodoh ketentuan illahi kan..

ok setakat ni saja memori itu kalau nak tahu lebih lanjut kena bayar sbb bole buat sebuah novel ekeke.. :p

setiap kali balik kg kami mesti singgah taiping sbb kat sini ada cendol dan pasembor yg sgt sedap disamping shoping dan mengimbau kenangan lama.cewahhh! betul..sgt memorable beb.


*saat indah itu masih kekal dlm ingatan dimana memori indah tercipta disini.. (^_~)


layan jerr..