tq precious kerana menceriakan hari-hari mama n abah.luv u my sweetpai.
salah satu chalet yg ada disini...
chalet yang mengadap laut...
tiada awan biru kerana cuaca mendung dan gerimis...
view yg sgt cantik...
hujung minggu lepas bersantai dgn precious.betul la orang cakap masa anak-anak kita kecil kita sibuk membesarkan mereka sehingga kita terlupa bila mereka dah besar kita pun dah tua hohoho :p
precious tinggal dikudat so tuaran ke kudat mengambil masa kurang lebih 160 km.kalau ikut highway bertol mungkin hanya mengambil masa 2jam atau kurang.tapi jalan raya disabah jauh berbeza dengan disemenanjung,tiada highway atau tol jadi faham-faham ajelah.jika ingin ke kudat kita akan melalui jalan ulu kukut,kota belud yang saya rasa sudah bertahun-tahun berlopak,lecah dan sangat berbahaya jika waktu hujan kerana licin.masih menaruh harapan semoga suatu hari nanti jalan raya ulu kukut dapat setanding dgn jalan raya ditempat lain.insyaAllah.
sayang sekali tanjung simpang mengayau yang cantik anugerah illahi agak sepi tanpa pengunjung dek kerana masalah yg ada.seandainya masalah ini dapat diatasi maka rezeki dan ekonomi penduduk kudat akan bertambah kerana makanan laut dikudat sangat murah dan hotel serta chaletnya pun mampu disewa oleh semua pengunjung.
hari jumaat nanti semua umat islam akan menyambut hari raya korban yakni hari raya aidil adha.marilah kita meraikan hari raya aidil adha dengan penuh kesyukuran dan disamping mengingati pengorbanan yg telah dilakukan oleh nabi ibrahim kepada anakandanya.kepada yang ada rezeki lebih bolehlah berpakat bersama tumbangkan lembu atau kerbau.
selamat menyambut hari raya aidil adha.
hidup ini sangat indah jika kita mensyukuri nikmatNYA.



