Wednesday, February 23, 2011

cerita tandas... :P



ade orang cakap...kalau nak tahu orang tu pembersih ke tidak sila tengok tandas@bilik air kat rumah dia.jika bersih maka pembersih lah tuan punya rumah.sebenarnya bilik air atau tandas adalah tempat yg paling penting didalam sesebuah rumah selain dapur.

tapi yg hairan bin pelik sekarang ada ibubapa yg tak mengambil berat tentang pembersihan tandas atau bilik air dirumah memasing sehingga semua tugas diserah kpd orang gaji @bibik.disebabkan itu maka anak-anak tidak diajar untuk membersih tandas dan bilik air mereka.maka sekarang cuba perhati tandas awam dan tandas disekolah-sekolah,sangat kotor dan jijik.ada jugak tu yg pemalas nak pam setelah menunaikan hajat disitu.eaaa...pengotornya! [sila jgn muntah ya]

apa yg combi membebel pasal tandas atau bilik air ni adalah kerana nak kongsi cerita tentang dak precious.sekarang dia dah tinggal menyewa dikudat.so setiap dua minggu combi akan ke sana melawat dia dan jika combi tak ke sana,dia akan pulang menemui kami disini.

hujung minggu lepas combi ke sana kebetulan precious cuti sempena sukan sekolah dia.bila combi masuk jer ke dalam rumah sewa,terus jer dia cakap..."mama ana tak sempat cuci tandas sebab air takde pagi ni...jap lagi ade air ana cuci eh" hahaha kan dia risau sebab combi memang cerewet sikit bab tandas.takut kena bebel tu yg cepat jer dia mencelah! [kudat memang masalah air sejak zaman tok nadok lagi.sape lah YB dorang ni...haiya!]

apapun kita wajib ajar anak-anak tentang kebersihan tandas kerana disitu tempat kita membersihkan diri dan berwuduk.buatkan jadual tugas mencuci tandas kpd anak-anak sejak dorang kecil lagi.bukannya susah pun.betul tak...alah bisa tegal biasa.

layan jerr..

Tuesday, February 22, 2011

kudat lagi... :)

kudat yg damai...

pekan kudat...bestkan sgt lengang

beginilah seadanya...

kudup bunga ros...seksi kan :p

kembang mekar...

pink yg comel...

pak syed dgn penuh gigih :p

ade assitant lagi tu...hiks :p

inilah keroje dorang anak beranak...

bunga raya kuning...


purple...takde bunga tapi pucuknya berwarna purple.

unik eh...ada campuran merah dan putih.

yg ini nampak aneh sebab lain dari bunga raya yg lain kan..pertama kali combi jumpa spesis bunga raya mcm gini.

sepit udang kuning...biasa warna merah.

besar eh sekolah precious.

like fader,like doter....^.^

kelas dorang dibahagian tengah.

yg ini disebelah kiri.

yg ini disebelah kanan.besar sungguh SMK ABD RAHIM KUDAT 2 ni.

precious mencuba kereta manual combi...eh pandai pun :)

kudat,kudat,kudat...boring ke?takpa kalau boring nak buat macamana kan.bunga-bunga yg cantek tu semua combi shoot kat kawasan sekolah precious.bunga ros tu adalah milik peribadi tuan pengetua sekolah dia sendiri.rajin kan bos dia siap tanam bunga lagi kat laman sekolah.bertuah bini dia dapat laki yg rajin dan sukakan bunga :)

laki i?hobi dia waktu senggang tengok movie [kat rumah jer] serta jalan-jalan carik makan hok3...i pun bertuah jugak sebab dapat kembangkan badan asyik ikut dia makan :p

layan jerr...



limau yang dah lemau ^.^

CNY baru berlalu.jom cerita pasal buah limau sebab CNY dan buah limau memang tidak boleh dipisahkan.tahun ni dengar kabo buah limau banyak yg busuk@buruk sebab tak laku.maksud disini buah limau tidak begitu mendapat sambutan dikalangan kaum cina lagi.mungkin disebabkan harga yg mahal atau mereka juga seperti orang melayu yg semakin melupakan tradisi.

dulu-dulu zaman makpak kita kalau raya tak kira raya puasa atau raya haji,kuih baulu,dodol,peniram,kuih sepit,kuih goyang [hubby panggil kuih ros] wajib ada apatah lagi ketupat dan rendang.tapi kini zaman beralih kpd kuih moden yg tak tahan lama dan ada yg tak sedap langsung namun cantik dipandang.

gambar limau diatas tu combi beli sebakul mcm gitu hanya rm13 sahaja.ada lebih kurang 40 biji didalamnya.sangat murah kan.buahnya besar dan sangat manis.memang rezeki dak precious dan dak horlicks kerana hanya ada sebakul jer lagi.itupun combi dapat nun di giant penampang kebetulan kami balik dari makan nasik beriani di restoran "anak mami" berhadapan dengan bengkel proton.

tetapi yg didlm kotak kayu masih banyak dgn harga satu kotak rm30++.mungkin jika tiada pembeli semua buah limau tersebut akan busuk.menjadi tanda tanya jugak,ngapa dorang tak jual lelong je eh.ishhh alang-alang rosak lebih baik dorang lelong murah kan kan kan [sukati aku jer] hohoho :D

layan jerr..