Thursday, January 19, 2012

taman anggur perlis


 berbual dgn salah sorang pekerja disini.


 bergantungan buah anggur hijau dan anggur hitam [purple]


 haha...apa lagi ngappp laa... ;p


 kalau anggur tu boleh bercakap mesti dia boring asyik kena posing jer hehe ;p


 senyummmm...ramai juga tetamu taman anggur ketika musim cuti sekolah.


montel buah anggur tu tapi jejari mokcik lagi montel hoho ;D


 comel tak?mesti lah comel kan kan kan...


ni lagi sorang...ngappp lah cepat!


pokcik pun...awat nak kasi tumbuh rambut ka? ;p

taman anggur perlis terletak di sungai batu pahat.dari pekan kangar mungkin dalam 10km kurang lebih.dibuka setiap hari dari jam 10 pagi sehingga 6 petang kecuali hari isnin ditutup.bayaran dewasa rm 3 dan kanak-kanak rm1 sahaja.disungai batu pahat juga ada taman ular dan taman herba.tapi disebabkan kami semua takut ular so takde yang berminat pun nak pergi,dan taman herba yang luas tu pun kami tak sempat jejak sebab kami ada agenda lain.

layan jerr...



Tuesday, January 17, 2012

perlis indera kayangan


  cepat masa berlalu eh,sedar2 anak2 dah sama beso dgn makpak depa ;)




 bestnya boleh mandi manda



 gua kelam ditutup sementara kerana ada pembaikkan disebabkan banjir.so tak dapat masuk ke dalam gua.



 daulat tuanku




 kangar ibu negeri perlis indera kayangan.



taman anggur perlis yg terletak di sungai batu pahat.

dari alor setar kami bertolak ke perlis indera kayangan.memang tak plan nak tidor di perlis kerana kami hanya ingin ke taman anggur dan gua kelam sahaja.tapi disebabkan taman anggur ditutup pada hari tersebut [isnin] so kami pun bermalam diperlis.keesokkan harinya [selasa] kami bertolak ke taman anggur.tertunai hajat precious nak bergambo bersama buah anggur yg bergantungan dipokok hoho.

sayang sekali gua kelam juga ditutup sementara waktu utk pembaikkan akibat banjir.sebelum ini kami sudah pernah ke sini [gua kelam] tapi itu beberapa tahun yg lalu.disebabkan cuti yg ciput kami terpaksa hadkan jalan-jalan cari mkn diperlis dan tak  sempat juga singgah dikuala perlis utk menikmati laksa kuala perlis yg sedap sgt kononlah...hehe ;)

apapun bercuti dgn famili sgt berbaloi kerana kami dapat bersama-sama walaupun hanya cuti yang ciput.

layan jerr...

Monday, January 16, 2012

kedah darul aman ;)


 landmark kedah darul aman~menara alor setar dan masjid zahir alor setar.



 kebetulan malam tersebut ada funfair dekat stadium alor setar so kami pun ambik kesempatan jugak pi menyibuk hoho ;D


semoga mereka dua beradik saling sayang menyayangi selalu.i really miss u guys. 

bercuti ke kedah adalah agenda kami pada cuti dec lalu.kebetulan ada jemputan kenduri kahwin blogger shaizhar so boleh lah sambil menyelam minum air haha.tapi cuti yg pendek,tak dapek nak ronda-ronda town sampai lebam.apapun yg kekal dlm ingatan dapat beli buah delima disebuah kedai didepan tangga masjid zahir.sedap dan sgt manis buah delima tersebut.sayangnya tak ambik gambo pulak.ermmm jarang/tak pernah jumpa buah delima yg besar tapi dekat masjid zahir tu mmg banyak dibungkus dlm plastik warna oren seperti buah limau chinese new year dan buah delima tersebut saiz XL buah limau mandarin.

insyaALLAH pnjg umur nak gi sana lagi beli buah delima hehe.

layan jerr...

Friday, January 13, 2012

my green fingers ;)


rambutan kuning sulung pokok cheq.pokok renek je baru tanam dalam 3 tahun macam gitu.mesti la bangga giler sebab cheq ni dikira dalam kategori "green fingers" lah eh ;)
nampak tu isi dia solid manis i tell u all ;)


kan cheq dah cakap...cheq memang spesis green fingers,buah jambu ni memang "jambu" lah hehe.yang cheq dok tunjuk tu yang belum masak,tapi bila dah masak...ermmm tengok tu gambar kat bawah.merah segar bugar lagi.mesti ramai yang terliuq kan... ;p

tadaaaa...beginilah rupa jambu cheq bila dah masak.tapi yang ini  cheq beli dari pasar malam hehe.terkilan jugak sebab masa cheq balik kampung hari tu jambu kat pokok belum cukup matang utk dipetik.tapi jambu kat pokok cheq tu memang tak kira musim,berbuah sepanjang tahun.orang kata boleh sedekah pada jiran setaman dan rezeki burung jugak.alhamdulilah ;)

berbudi pada orang,dapat ramai kawan.berbudi pada tanah...inilah hasilnya.

layan jerr...

Thursday, January 12, 2012

durian o durian

jom nak cerita kisah rezeki berganda balik bercuti dikampung bulan dec yang lalu.sangat teruja dan best giler bila tahun ini kali pertama dapat kutip dan makan durian dusun sendiri.sebelum ini timing tak kena sebab balik tidak pada musim durian gugur.ya allah hanya tuhan yang tahu betapa teruja bila nampak buah durian bergantungan diatas pokok dan gugur bergolek diatas tanah didepan mata sendiri.

kami anak beranak makan tak henggat donia beb!hahaha ;D

disabah buah durian mahalnya seolah membeli emas.sekilo diantara rm12 sehingga rm25.kesian eh kat kami disini.apa boleh buat tokeh durian nak cepat kaya kot sedangkan diperak 3 biji buah durian hanya rm5,dan rambutan 100 biji hanya rm4.tapi sayang kami bercuti hanya kurang lebih dua minggu je.insyaALLAH ada rezeki dapat lagi makan durian kampung yang sangat sedap ada rasa lemak manis dan sedikit pahit.memang walaweiiii!

 layan jerr...

Wednesday, January 11, 2012

miss me...not? :)




selamat tahun baru 2012.dah lambat eh...tu la kan.lamanya tak masuk sini.ada yg miss me? tak kisah lah yang penting sekarang mood dah mai so boleh lah cheq berblog kembali hoho.


tahun baru,umor pun bertambah so marilah kita membuat kebaikkan sebanyak mungkin kerana jika kita membahagiakan orang lain insyaALLAH kebahagiaan akan kekal milik kita juga.


layan jerr...