Thursday, November 1, 2012

salam aidil adha dari walai tokou kg sinisian,kundasang,sabah ;)


 agenda wajib setiap kali kami pergi bercuti...


 kasih sayang adalah anugerah yang tidak ternilai..










 well done hoho...



 diluar bilik sewa kami.


 ini bilik sebelah dan peti ais yg disediakan utk menyimpan barang2 segar.

merah lah sangat kan....mokcik pun nak interperem jugok ;p

disebabkan hari raya aidil adha yg lalu kami tak balik ke kampung jadi kami mengambil kesempatan utk beraya disini iaitu di homestay walai tokou kundasang.seperti yg telah saya ceritakan dipost yg lalu ini adalah kali pertama kami menyewa dihomestay.suasana ala kampung dan anda boleh tengok sendiri gambar-gambar yg saya post disini.saya suka tempat ini kerana keadaan sekelilingnya yg bersih dan itu adalah perkara wajib kepada saya.

jom layan gambar dan sesiapa yang berminat boleh contact nombor disini dan anda boleh request bilik-bilik lain yg terdapat disini.ada 40 buah bilik dikawasan yg sama cuma berbeza owner sahaja.homestay yang kami sewa ini agak dibawah bukit,kalau sewa bilik diatas bukit memang nyaman dek bayu gunung kinabalu.ini nombor pejabat homestay walai tokou kg sinisian kundasang,sabah-----> 088-888166.

hidup ini sangat indah jika kita mensyukuri nimatNYA.

Monday, October 29, 2012

tagal@luanti,ranau.ada berani?hoho :D


 melawan ketakutan dan kegelian....hehe


 yeay...tersenyum lebar sudah ye


 ikan yang sangat jinak...naik sehingga ke darat


 yezza...got fish lovebite huhu


 saya takde la berani sangat tapi...memang best giler beb.


 nice view....awan nan biru.nak pergi nak pergi nak pergi lagi!

sempena hari raya aidil adha yang lalu,kami mengambil peluang bersantai disini.pertama kali juga kami menginap dihomestay....hohoho begitu lama saya tinggal disabah,baru saya tahu diatas bukit bersebelahan kinabalu pine resort ada homestay pula.kalau tak silap saya,ada 40 lebih bilik homestay disitu yang dinamakan WALAI TOKOU HOMESTAY.walai tokou bermaksud rumah ku dlm bahasa dusun.

biasa kami selalu lepak dikinabalu pine resort,tetapi disebabkan last minute booking semua bilik dah penuh.jadi dengan gigih saya menggoogle mencari homestay dan terjumpa homestay walai tokou.saya memang tahu walai tokou wujud disitu cuma saya fikir itu adalah satu perkampungan biasa.bila saya menginap disana baru saya tahu walai tokou homestay ini adalah produk pelancongan keluarga.

mereka bersaudara dan bersatu hati membuka walai tokou homestay.wah memang hebat sebab kundasang adalah tumpuan pelancong dalam dan luar negara dengan itu dan tentu pendapatan mereka pun berbaloi-baloi.walaweiiiiii!

orait jom kita cerita pasal ikan jinak diluanti pula.ikan disini ditagal bermaksud ikan disini dijaga dan tidak dibenarkan menangkap dengan sesuka hati ye.bila tiba musim yang sesuai baru ikan-ikan ini ditangkap dan dibahagi samarata kepada penduduk kampung disini.dengan sistem begini sungai dijaga untuk menjamin keaslian sungai masih kekal demi anak cucu cicit kita nanti.

memang best sangat sebab ikan-ikan ini sangat manja dan jinak.yuran masuk dewasa rm5 sahaja.tunggu apalagi sila-sila klik --- --->http://tagalmoroli.webs.com/apps/blog/

hidup ini sangat indah jika kita mensyukuri nikmatNYA


Tuesday, October 23, 2012

tanjung simpang mengayau~tip of borneo,kudat.




 tq precious kerana menceriakan hari-hari mama n abah.luv u my sweetpai.



 salah satu chalet yg ada disini...


 chalet yang mengadap laut...



 tiada awan biru kerana cuaca mendung dan gerimis...


view yg sgt cantik...

hujung minggu lepas bersantai dgn precious.betul la orang cakap masa anak-anak kita kecil kita sibuk membesarkan mereka sehingga kita terlupa bila mereka dah besar kita pun dah tua hohoho :p

precious tinggal dikudat so tuaran ke kudat mengambil masa kurang lebih 160 km.kalau ikut highway bertol mungkin hanya mengambil masa 2jam atau kurang.tapi jalan raya disabah jauh berbeza dengan disemenanjung,tiada highway atau tol jadi faham-faham ajelah.jika ingin ke kudat kita akan melalui jalan ulu kukut,kota belud yang saya rasa sudah bertahun-tahun berlopak,lecah dan sangat berbahaya jika waktu hujan kerana licin.masih menaruh harapan semoga suatu hari nanti jalan raya ulu kukut dapat setanding dgn jalan raya ditempat lain.insyaAllah.

sayang sekali tanjung simpang mengayau yang cantik anugerah illahi agak sepi tanpa pengunjung dek kerana masalah yg ada.seandainya masalah ini dapat diatasi maka rezeki dan ekonomi penduduk kudat akan bertambah kerana makanan laut dikudat sangat murah dan hotel serta chaletnya pun mampu disewa oleh semua pengunjung.

hari jumaat nanti semua umat islam akan menyambut hari raya korban yakni hari raya aidil adha.marilah kita meraikan hari raya aidil adha dengan penuh kesyukuran dan disamping mengingati pengorbanan yg telah dilakukan oleh nabi ibrahim kepada anakandanya.kepada yang ada rezeki lebih bolehlah berpakat bersama tumbangkan lembu atau kerbau.

selamat menyambut hari raya aidil adha.



hidup ini sangat indah jika kita mensyukuri nikmatNYA.