Monday, October 29, 2012

tagal@luanti,ranau.ada berani?hoho :D


 melawan ketakutan dan kegelian....hehe


 yeay...tersenyum lebar sudah ye


 ikan yang sangat jinak...naik sehingga ke darat


 yezza...got fish lovebite huhu


 saya takde la berani sangat tapi...memang best giler beb.


 nice view....awan nan biru.nak pergi nak pergi nak pergi lagi!

sempena hari raya aidil adha yang lalu,kami mengambil peluang bersantai disini.pertama kali juga kami menginap dihomestay....hohoho begitu lama saya tinggal disabah,baru saya tahu diatas bukit bersebelahan kinabalu pine resort ada homestay pula.kalau tak silap saya,ada 40 lebih bilik homestay disitu yang dinamakan WALAI TOKOU HOMESTAY.walai tokou bermaksud rumah ku dlm bahasa dusun.

biasa kami selalu lepak dikinabalu pine resort,tetapi disebabkan last minute booking semua bilik dah penuh.jadi dengan gigih saya menggoogle mencari homestay dan terjumpa homestay walai tokou.saya memang tahu walai tokou wujud disitu cuma saya fikir itu adalah satu perkampungan biasa.bila saya menginap disana baru saya tahu walai tokou homestay ini adalah produk pelancongan keluarga.

mereka bersaudara dan bersatu hati membuka walai tokou homestay.wah memang hebat sebab kundasang adalah tumpuan pelancong dalam dan luar negara dengan itu dan tentu pendapatan mereka pun berbaloi-baloi.walaweiiiiii!

orait jom kita cerita pasal ikan jinak diluanti pula.ikan disini ditagal bermaksud ikan disini dijaga dan tidak dibenarkan menangkap dengan sesuka hati ye.bila tiba musim yang sesuai baru ikan-ikan ini ditangkap dan dibahagi samarata kepada penduduk kampung disini.dengan sistem begini sungai dijaga untuk menjamin keaslian sungai masih kekal demi anak cucu cicit kita nanti.

memang best sangat sebab ikan-ikan ini sangat manja dan jinak.yuran masuk dewasa rm5 sahaja.tunggu apalagi sila-sila klik --- --->http://tagalmoroli.webs.com/apps/blog/

hidup ini sangat indah jika kita mensyukuri nikmatNYA


Tuesday, October 23, 2012

tanjung simpang mengayau~tip of borneo,kudat.




 tq precious kerana menceriakan hari-hari mama n abah.luv u my sweetpai.



 salah satu chalet yg ada disini...


 chalet yang mengadap laut...



 tiada awan biru kerana cuaca mendung dan gerimis...


view yg sgt cantik...

hujung minggu lepas bersantai dgn precious.betul la orang cakap masa anak-anak kita kecil kita sibuk membesarkan mereka sehingga kita terlupa bila mereka dah besar kita pun dah tua hohoho :p

precious tinggal dikudat so tuaran ke kudat mengambil masa kurang lebih 160 km.kalau ikut highway bertol mungkin hanya mengambil masa 2jam atau kurang.tapi jalan raya disabah jauh berbeza dengan disemenanjung,tiada highway atau tol jadi faham-faham ajelah.jika ingin ke kudat kita akan melalui jalan ulu kukut,kota belud yang saya rasa sudah bertahun-tahun berlopak,lecah dan sangat berbahaya jika waktu hujan kerana licin.masih menaruh harapan semoga suatu hari nanti jalan raya ulu kukut dapat setanding dgn jalan raya ditempat lain.insyaAllah.

sayang sekali tanjung simpang mengayau yang cantik anugerah illahi agak sepi tanpa pengunjung dek kerana masalah yg ada.seandainya masalah ini dapat diatasi maka rezeki dan ekonomi penduduk kudat akan bertambah kerana makanan laut dikudat sangat murah dan hotel serta chaletnya pun mampu disewa oleh semua pengunjung.

hari jumaat nanti semua umat islam akan menyambut hari raya korban yakni hari raya aidil adha.marilah kita meraikan hari raya aidil adha dengan penuh kesyukuran dan disamping mengingati pengorbanan yg telah dilakukan oleh nabi ibrahim kepada anakandanya.kepada yang ada rezeki lebih bolehlah berpakat bersama tumbangkan lembu atau kerbau.

selamat menyambut hari raya aidil adha.



hidup ini sangat indah jika kita mensyukuri nikmatNYA.

Monday, October 1, 2012

kemana lagi kalau bukan kundasang.... :)


view dari tingkap  the cottage hotel kundasang.memang best sejuk nyaman,damai dan tak jemu walaupun beratus kali pergi bercuti.pernah terfikir kalau dapat bina sebuah "istana hinggap" disana...sapa nak jual tanah kat i..meh kita runding tapi jangan juta jutaan sebab i bukan milionare hohoho :D

the cottage hotel bukan lah hotel 5 star seperti perkasa hotel mount kinabalu heritage & SPA.tapi the cottage tetap jadi pilihan kerana ia hotel mampu sewa dan terletak dikaki gunung dan semestinya sejuk dan nyaman.pada waktu malam sejuk sampai ke tulang hitam dibuai angin ala-ala manja sehingga menggigil dibuatnya.sesiapa yang nak menginap disana boleh klik link http://www.thecottagehotel.com.my/

utk anda yg ada duit lebih boleh menginap di perkasa hotel mount kinabalu heritage & SPA sambil manjakan diri dan menikmati sesuatu yg unik kerana anda berada 5000 kaki diatas paras laut sambil menikmati panorama indah kundasang.sila klik link http://www.ulelong.com/sabah/hotel/places.php?gid=22

sila lah ke kundasang jika anda ke sabah ye :)

hidup ini sangat indah jika kita mensyukuri nikmatNYA.