Monday, October 29, 2012

tagal@luanti,ranau.ada berani?hoho :D


 melawan ketakutan dan kegelian....hehe


 yeay...tersenyum lebar sudah ye


 ikan yang sangat jinak...naik sehingga ke darat


 yezza...got fish lovebite huhu


 saya takde la berani sangat tapi...memang best giler beb.


 nice view....awan nan biru.nak pergi nak pergi nak pergi lagi!

sempena hari raya aidil adha yang lalu,kami mengambil peluang bersantai disini.pertama kali juga kami menginap dihomestay....hohoho begitu lama saya tinggal disabah,baru saya tahu diatas bukit bersebelahan kinabalu pine resort ada homestay pula.kalau tak silap saya,ada 40 lebih bilik homestay disitu yang dinamakan WALAI TOKOU HOMESTAY.walai tokou bermaksud rumah ku dlm bahasa dusun.

biasa kami selalu lepak dikinabalu pine resort,tetapi disebabkan last minute booking semua bilik dah penuh.jadi dengan gigih saya menggoogle mencari homestay dan terjumpa homestay walai tokou.saya memang tahu walai tokou wujud disitu cuma saya fikir itu adalah satu perkampungan biasa.bila saya menginap disana baru saya tahu walai tokou homestay ini adalah produk pelancongan keluarga.

mereka bersaudara dan bersatu hati membuka walai tokou homestay.wah memang hebat sebab kundasang adalah tumpuan pelancong dalam dan luar negara dengan itu dan tentu pendapatan mereka pun berbaloi-baloi.walaweiiiiii!

orait jom kita cerita pasal ikan jinak diluanti pula.ikan disini ditagal bermaksud ikan disini dijaga dan tidak dibenarkan menangkap dengan sesuka hati ye.bila tiba musim yang sesuai baru ikan-ikan ini ditangkap dan dibahagi samarata kepada penduduk kampung disini.dengan sistem begini sungai dijaga untuk menjamin keaslian sungai masih kekal demi anak cucu cicit kita nanti.

memang best sangat sebab ikan-ikan ini sangat manja dan jinak.yuran masuk dewasa rm5 sahaja.tunggu apalagi sila-sila klik --- --->http://tagalmoroli.webs.com/apps/blog/

hidup ini sangat indah jika kita mensyukuri nikmatNYA


13 comments:

azieazah said...

Beb! aku tingin nak pegi. Agaknya kalu tengah geli tu menjerit naik ke darat, ikan tu melekat kat betis tak? Hahahaha aku dok bayang ikan tergantung kat kaki. hahahaha!

echah_syed said...

azie >> oits haha adoiii.hang ni mesti terpengaruh dgn cerita kartun :p

jinak sgt beb esp yg besar2 tu.dia landing sambil gesel2 atas kaki kita.aku rasa dia faham bila kita ckp2 dgn dia.serius!

Sebuah Perjalanan said...

Kami telah berada disana!! best giler, cuba-cuba mandi dgn ikan tu pula!!!

Sebuah Perjalanan said...

Kami telah berada disana!! best giler, cuba-cuba mandi dgn ikan tu pula!!!

echah_syed said...

sebuah perjalanan >> tq sudi tinggal jejak disini.

mandi?so far tak berani kot huhu :p

eLL said...

ikan apa tu? keli ke?

gigit2 manja je kan, macam spa gitu. hehe

anaa said...

eee macam best je nengok kaki kena gigit2 manja ngan ikan2 tu kan.. tu ala2 yang macam dok ada kat KL ni ke, yang kat supermarket2 beso tu.. ala ada servis rendam kaki pastu kasi ikan kecik2 gigit kaki kita. hee.. tapi tu ikan kecik2, berani la lagi.. kalo ikan besau cam dalam gamba ni, ngigau jugak ler nak cuba.. haha...

echah_syed said...

ell >> ikan pelian kata org sana.mungkin disini kita panggil ikan kelah kot.

hehe dia tak gigit rasanya tapi dia buat lovebite hehe ;)

echah_syed said...

anaa >> a'ah beso2 gitu.tp jinak sgt...dia landing atas kaki sambil manja2,gesel2 hehe.

QASEEH HATIKU QASEEH said...

Berapa rate bilik2 ctu...

Hi..salam kenal...

Nak pegi la cuti sekolah nie...

shila azizi said...

bestnya...one day boleh gi sana

Toko Herbal Online said...

Terima kasih telah berbagi, Salam Sehat Selalu

Toko Herbal
Kapsul Kulit Manggis
Kapsul Daun Sirsak
Herbal Kewanitaan
Teh Kulit Manggis
Neo Gamat Emas
Kosmetik Herbal
Madu Tongkat Arab
Obat Kuat Herbal
Kopi Romantis
Penafit
Kapsul Pasak Bumi
Obat Habbatussauda
Habbatussauda Cap Kurma Ajwa

Sombong said...

Awalnya terlihat seperti sebuah tempat di daerah saya, tapi akhirnya jelas itu bukan :D Best Place!