Monday, October 1, 2012

kemana lagi kalau bukan kundasang.... :)


view dari tingkap  the cottage hotel kundasang.memang best sejuk nyaman,damai dan tak jemu walaupun beratus kali pergi bercuti.pernah terfikir kalau dapat bina sebuah "istana hinggap" disana...sapa nak jual tanah kat i..meh kita runding tapi jangan juta jutaan sebab i bukan milionare hohoho :D

the cottage hotel bukan lah hotel 5 star seperti perkasa hotel mount kinabalu heritage & SPA.tapi the cottage tetap jadi pilihan kerana ia hotel mampu sewa dan terletak dikaki gunung dan semestinya sejuk dan nyaman.pada waktu malam sejuk sampai ke tulang hitam dibuai angin ala-ala manja sehingga menggigil dibuatnya.sesiapa yang nak menginap disana boleh klik link http://www.thecottagehotel.com.my/

utk anda yg ada duit lebih boleh menginap di perkasa hotel mount kinabalu heritage & SPA sambil manjakan diri dan menikmati sesuatu yg unik kerana anda berada 5000 kaki diatas paras laut sambil menikmati panorama indah kundasang.sila klik link http://www.ulelong.com/sabah/hotel/places.php?gid=22

sila lah ke kundasang jika anda ke sabah ye :)

hidup ini sangat indah jika kita mensyukuri nikmatNYA.

Friday, August 10, 2012

ramadan dan syawal bulan kasih sayang anugerah ilahi.


salam 21 ramadan kepada semua kawan-kawan bloggers.hanya kurang lebih 9 hari saja lagi kita akan menyambut bulan syawal.cepatnya masa berlalu,terasa baru saja kita berada dibulan ramadan almubarak.dikesempatan ini saya ingin memohon ampun dan maaf seandainya ada post atau komen saya disini atau diblog kawan-kawan membuat anda berkecil hati dan tersinggung.sesungguhnya saya dgn rasa rendah hati merasa sgt dihargai diatas kunjungan dan tinggal jejak komen anda diblog saya.walaupun saya dah "lemau" dgn blog ketika ini tapi saya masih menapak ke blog anda bila ada kesempatan walaupun tanpa meninggalkan sebarang jejak bukti....hohoho silent reader gitu :p

ramadan dan syawal bulan kasih sayang anugerah ilahi kerana kita berpuasa dan berbuka puasa beramai-ramai samada dirumah,dimasjid,disurau,dipadang atau dishoping complex bersama orang-orang tersayang.berterawih,bergotong royong bermoreh dgn rasa amanah dan tanggung jawab bukti kita adalah bersaudara.bila syawal menjelma kita kunjung mengunjungi sanak saudara,rakan taulan,sahabat handai menghulur tangan berjabat mesra.semua pulang ke kampung halaman.indahnya islam!

terasa sayu hati utk meninggalkan ramadan namun syawal akan tetap menjelma.semoga puasa kita tahun ini lebih baik dari puasa-puasa yg lalu.selamat menyambut syawal 1433 hijrah,buang yg keroh ambil yg jernih dan semoga ukhwah kita berpanjangan.amin

hidup ini sangat indah jika selalu mensyukuri nikmatNYA.

Wednesday, June 13, 2012

lepak santai sampai lebam,kundasang lagi!


 pakar menghidupkan api bbq.tq darl,we all love u so much!




 dak biola ni memang comel kan...hehe


 hahaha...sukati jer usik dia,tapi dia memang anak yg baik dan sentiasa mendengar kata,alhamdulilah.


 senyum dia yg paling mahal sebab dia memang tak reti senyum bila berposing hahaha ;D


 ketupat nasi dan rendang ayam atas permintaan pak syed.....rajin kan i :p



 sedap tak darl? ermm haruslah sedap kan kan kan...


 hohoho...adoyai ;p



 terliur tak?sekali sekala berkolestrol apa salahnya kan ;)


 kentang ni takde rezeki precious sebab hangus...huhu.cerita sebenarnya i dgn precious ke surau utk solat zohor dan berpesan dgn dak biola supaya tengok-tengokkan kentang ni tapi...dia terleka dan bila kami balik ke pondok pak syed cakap "alahai kentang well done" nak buat macamana memang takde rezeki ;(



 inilah pondok yg kami lepak "posih dilah".i pun tatau apa maksudnya.


 puncak kinabalu dilitupi awan dan memang cantik sekali.


 uinaa...precious :p
khemah ni memang kenangan kerana dibeli dibangkok pada tahun 90an dan sehingga kini masih didlm keadaan yg baik.dari dorang kecil sehingga skrg masih boleh digunakan.sgt teruja precious didalam tu hehe ;)


 reaksi skema bila kena snap~peace! ;D


 i like this pic ;)



 tiket utk masuk ke sini rm3 utk dewasa dan kanak-kanak dibawah 12 tahun percuma sahaja.


 simple but nice ;)


kepak ayam,sayap ayam,chicken wing...ermm apa-apalah yg penting mmg sesuai utk bbq  haha .


cuti sekolah dah tamat so hujung minggu lepas baru ada kesempatan lepak santai sampai lebam dgn famili di kinabalu park,kundasang.memang inilah tempat kesukaan anak-anak kerana sejuk,damai dan nyaman.sabah dikelilingi laut dan pulau-pulau yg cantik tapi anak-anak nak jugak ke sini alasan dorang pergi pulau panas kang hangus kulit muka...adoi!

precious cuti dua minggu dan dak biola cuti tiga minggu tapi hanya hari sabtu lepas jer baru kami dapat bersama-sama menghabiskan masa berBBQ dan lepak santai dikundasang.minggu-minggu sebelum ni dorang masing-masing ada aktiviti sendiri dan kami makpak depa sibuk dgn urusan dan jemputan kawin jiran dan kawan-kawan opis pak syed.

kualiti masa lebih penting.banyak masa tp takde buat sesuatu yg berfaedah bersama org tersayang tak guna jugak kan.betul tak? kami sangat happy dan insyaAllah semoga kasih syg kami dirahmati,diredhai ALLAH SWT berbahagia sehingga kesyurga firdausi,amin ;)

hidup ini sangat indah!