Friday, October 8, 2010

penanggah & kisah raya...

semalam semasa mengemas laci terjumpa lah mende alah ni.korang tau tak ni benda apa?kalau orang selangor mesti tau benda ni kan.ini adalah penanggah yg disemat dibaju memberi tanda bahawa mereka yg memakai penanggah ini bertanggung jawab disebuah majlis kahwin.sama jugak macam sekuntum bunga yg biasa dipakai oleh para ajk dimajlis-majlis rasmi.

bezanya cuma penanggah ditambah dgn duit kertas samada satu ringgit,dua ringgit atau pun duit lima ringgit sekeping.memang unik kerana bukan semua tempat mengadakan penanggah macam gini utk ajk mereka yg biasa terdiri dari adik beradik,sepupu dan jiran yg terdekat.kalau disebelah tempat combi pun jarang berjumpa penanggah ni.

beginilah rupa duit kertas yg combi dah buka dari ikatan penanggah tadi.combi rasa penanggah ini akan hilang ditelan zaman kerana kebanyakkan kenduri kawin sekarang menggunakan katering.biasa tuan rumah hanya menyediakan diri dan rumah sahaja.semua urusan diserahkan sepenuh kepada pihak katering.mungkin suatu hari nanti anak-anak dan cucu cicit tak kenal dan tahu pasal penanggah ni lagi.utk pengetahuan semua dlm bahasa utara,penanggah ni dipanggil 'mentara' :)

..................................................................................

syawal akan melabuhkan tirainya.namun masih ada lagi yg membuat open house.combi pun ada jugak membuat open house kecil-kecilan utk kawan-kawan pada hari raya ke3 tempohari.semua combi masak sendiri sahaja.gambar belum di edit utk dipost disini :p

biskut arab yg combi buat sendiri~ nak tayang kat si alid...hiks ^.^
biskut ni fav dak precious dan dak choco farhan.dorang sanggup menggentel kerana masing-masing nak bawa balik ke hostel.

yg ini pulak dak precious yg buat...budak-budak memang suka sbb cornflakes yg disiram madu.

kek ni pulak combi buat ketika dak precious nak balik ke kudat minggu akhir cuti raya.sengaja taruk kaler unggu,dan hijau kunun nak nampak happening gitu.marble butter cake chocolate hehe.. *belasah jek*


yg ini nampak lebih sweet kan..sebab ada pink-pink gitu.sekali pandang macam aiskrim pulak.dah lama combi tak buat kek bagai tapi sejak precious 'rajin' dan berminat combi suruh dia carik resepi dlm blog masakkan kawan-kawan seperti blog chef pemes dan marbeles matgebu .tqvm mat kerana combi selalu singgah disana menjamu mata (*.*)




tahun ni combi tak sempat hantar kain gi tailor so combi beli jer yg ready made.bestnya shoping online tau.bikin rambang mata weiii...ish ishh ishhh @.@

layan jerr...

*panjang pulak post combi kali ni ye hohoho.sabo jer aku...




Monday, September 27, 2010

boring eh? tak lah... (*.*)

pantai bak-bak kudat~ berduaan dgn mu....cewahhh! ^.^

esplaned sidek~cahaya dilangit yg sgt indah diwaktu petang ketika matahari terbenam.... :)

cantek eh...

pulau kat belakang combi tu lah pitas..dari sini kena naik bot tapi jika berkereta boleh melalui kota marudu.

precious suka kudat~ tenang,aman dan yg penting tak sesak ketika nak ke sekolah.tak gitu darl? :)

suasana kat sini sgt damai...

best bila dapat dating macam gini...hahaha *terkenang semasa dolu-dolu*

hitam putih kehidupan~ hidup ini sangat indah jika kita saling melengkapi... (*.*)

my soulmate... ^.^

malam dikudat...hingga jumpa lagi :)

hujung minggu melawat precious lagi.jiran-jiran combi pun dah tahu.asal hilang jer kelibat kami mesti ke kudat atau keningau.kadang-kadang terasa masa begitu cepat berlalu...sedar-sedar sekarang kami tinggal berduaan.

boring eh?tak lah sebab combi masih punya rutin harian macam biasa dan hari minggu adalah hari utk melawat 'kawasan' hohoho :D

layan jerr...

*minggu ni dorang balik ke rumah sebab ada ^orang tu^ nak belanja makan...yeay! (*.*)

Tuesday, September 21, 2010

salam syawal.... (*.*)


salam syawal...
maaf jika terlanjur bicara...
terkasar tingkah laku...
tersentuh emosi...

selamat hari raya maaf zahir batin.

jom puasa enam!!!

layan jerr...