Saturday, November 20, 2010

rindu serindu rindunya...!


taman dah sepi...
semua jiran dah terbang...
terbang kemana eh?
tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat bermain...
yeay aku pun nak terbang...
bonda....aku rindu pada mu!

layan jerr...

*alid...ai nek MAS tau :p

Monday, November 15, 2010

selamat hari raya aidil adha (*.*)

selamat hari raya aidil adha kepada semua uncle & aunty...oh ya nama saya aniQ fauzan ^.^

P E A C E ...!

P E A C E yooo...!

P E A C E ....!

kesian budak kecik ni berbelit jari ibu sampai ke jari anak belajo buat P E A C E huhuhu... sapa lah punya keroje mengajo budak kecik buat P E A C E bila posing ambek gambo.

btw combi nak ucap selamat hari raya aidil adha,semoga kita semua dilindungi ALLAH SWT sepanjang jalan menuju kedestinasi memasing eh.

selamat berkorban dan sedapnya daging salai cicah ayor asam!

layan jerr...


berehat sebentar....bersama cupcake (*.*)

"comel cupcake ni kan mama..."

minggu ini precious pulak balik bercuti.minggu lepas dak milo ais balik.so setiap minggu kami berdua takde rasa sunyi kerana melayan kerenah mereka dan kesempatan cuti hujung minggu jugak kami berjalan-jalan mencari makan dan shoping apa yang patut.kebetulan precious mencari tudung dan baju utk konvonya nanti.mokcik pun tumpang sekaki ekeke :p

~hero kami posing maut~
sejak precious dah keja kami selalu makan free.terasa sangat dihargai.tak gitu pak syed...
ehem!

comel kan hidangan ni...tqvm precious.muahhh

.............................................................

minggu lepas dak milo ais balik bercuti dihujung minggu.si kakak yg baik hati dan penyayang belikan kek cheese kegemaran dak milo ais.walaupun combi simpan seminggu dlm esbox kerana dak milo ais tak dapat balik tapi kek ni tetap menten sedap lagi.tengoklah tu posing makan kek sambil mengadap cerita kartun jepun hohoho *kantoi*

tapi sejak dorang dok jauh ni jarang sudah kami dapat keluar bersama (ber4) macam dulu-dulu sebab bila precious balik,dak milo ais tak balik dan sebaliknya begitulah.tapi sesi makan dan bertemu ramah macam biasa sebab banyak perkara yg combi wajib ambil tahu hehe... mestilah i kan mama dorang... ^.^

aidil adha tahun ini mungkin kami sambut dikeningau kerana pak syed plan nak makan ketupat dan rendang di hotel.selepas solat raya kami bertolak ke sana.hohoho boleh gitu.ish2

layan jerr...

*semua gambo kurang memuaskan sbb combi guna hp cap ayam kampung jek :p

Thursday, November 4, 2010

surat cinta dr M? oh bukan kerana pangkat ^.*

combi membeli ke dua-dua buku ni kat times suria kk.kebetulan temankan precious mencari buku untuk dihadiahkan kpd student dia yang lulus bahasa inggeris peperiksaan semester akhir baru-baru ini.berbangga dengan precious kerana membeli buku sebagai hadiah motivasi kepada anak didiknya.syabas darl...!

berbalik kpd buku 'dr mahathir's ~ selected letters to world leaders dan buku bukan kerana pangkat~tun dr ismail dan masanya.

sangat tertarik dan teruja bila ternampak buku-buku ni. dr mahathir's ~ selected letters to world leaders merupakan surat-surat yg diterima dan dibalas kembali oleh tun dari ketua-ketua negara lengkap dgn tandatangan yg tun nak share dgn kita semua.menjadi perdana menteri malaysia selama 22 tahun sudah pasti tun menerima banyak surat diantaranya dari presiden george w.bush,presiden bill clinton,presiden jacques chirac,margaret thatcher,tony blair dan prince charles.wow memang rasa teruja bila nampak tajuk buku inikan.kalau nak tahu lebih lanjut sila beli sendiri ye :)

bukan kerana pangkat~tun dr ismail dan masanya... sangat sesuai dibaca kerana sejarah akan membuat kita menjadi lebih patriotik terhadap bangsa dan negara yg kita cintai.beliau merupakan seorang anak malaysia yang terbilang."saya sanggup lakukan utk negara apa yg saya tidak sanggup lakukan utk diri dan keluarga saya sendiri".hebatnya semangat patriotik beliau jika dibandingkan dgn ahli politik zaman sekarang.

takyah ler ulas panjang lebar dan silalah dapatkan dimana-mana kedai buku.apapun marilah kita sedekahkan al-fatihah semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yg beriman.amin


dulu waktu sekolah combi tak berminat dgn matapelajaran sejarah kerana malas nak menghafal dan combi pilih geografi.geografi ni best dan kalau ikut logik akal pun lebih mudah dari sejarah kerana combi terbayang peta,ada pokok kelapa sawit,lombong bijih timah,sawah padi hahaha...adedeh.

layan jerr...




Tuesday, November 2, 2010

^amen mosmos^

lepas mandi tak sempat nak sikat rambut dah mengadap mende alah ni...

sambil makan biskut...rambut blom disikat.

cewahhh menjeling kamera...tangan tu apa kes?

hohoho...agaknya apa yg difikirkan eh

dah mula membega amen dia...

disusun kemas...ini bermakna kebolehan dia menggunakan tangan sudah mahir.

takutttttttttttttttt laaa...huhuhu

peluk erat seolah macam ada orang nak ambek...sayang giler tu

comel....cubit pipi kang!

lagi aksi budak kecik berumur 2 tahun 6 bulan.dia sangat suka dengan batman tapi sangat teruja bila nampak ultraman cosmos kat tv."amen mosmos,amen mosmos" kakak,mama,abah amen mosmos! dengar jer iklan kat tv berlari sepantas kilat dilanggar habis apa jer yg ada kat atas lantai dengan aksi ultraman.combi rasa semua budak lelaki sama jer.bujang combi dulu suka power rangers.segala tape bersiri (dulu belum ada dvd) power rangers semua ada.

zaman 'amen mosmos' ni akan berakhir bila dia semakin membesar.biarlah dia menikmati zaman kanak-kanak sepuasnya kerana bermain,berimaginasi,bercakap dan bergaya aksi mainan kegemaran mereka merupakan satu pembelajaran.

ada ibubapa memaksa anak-anak kecil mengikut kehendak mereka.pendapat combi biarlah mereka menikmati hidup kanak-kanak dengan penuh gembira kerana anak-anak juga mempunyai hak seperti org dewasa...cuma mereka tidak berdaya melawan!

layan jerr...