lagi aksi budak kecik berumur 2 tahun 6 bulan.dia sangat suka dengan batman tapi sangat teruja bila nampak ultraman cosmos kat tv."amen mosmos,amen mosmos" kakak,mama,abah amen mosmos! dengar jer iklan kat tv berlari sepantas kilat dilanggar habis apa jer yg ada kat atas lantai dengan aksi ultraman.combi rasa semua budak lelaki sama jer.bujang combi dulu suka power rangers.segala tape bersiri (dulu belum ada dvd) power rangers semua ada.
zaman 'amen mosmos' ni akan berakhir bila dia semakin membesar.biarlah dia menikmati zaman kanak-kanak sepuasnya kerana bermain,berimaginasi,bercakap dan bergaya aksi mainan kegemaran mereka merupakan satu pembelajaran.
ada ibubapa memaksa anak-anak kecil mengikut kehendak mereka.pendapat combi biarlah mereka menikmati hidup kanak-kanak dengan penuh gembira kerana anak-anak juga mempunyai hak seperti org dewasa...cuma mereka tidak berdaya melawan!
layan jerr...