Thursday, May 17, 2012

jengka seperti yang ku jangka ^^


pertama kali menjejak kaki ke tanah felda jengka pahang darul makmur.apa yang saya bayangkan tentang felda memang sama dengan apa yang saya menonton ditv.rumah-rumah batu kelihatan cantik dan bersih dengan hiasan bunga-bungaan dihalaman rumah.hebat org felda! 


pintu gerbang mengalukan kedatangan tetamu.



saya ke sini kerana menghadiri jemputan walimatul urus sicantik diatas ni.cantik tak? mesti lah cantik sebab mak sedara dia pun cantik bah! hahaha perasan sungguh mokcik ;P

tahniah anakanda fizah dan selamat pengantin baru.bermula hidup baru dengan rencah berumah tangga.ada manis,masam,pahit,kelat,tawar namun kebahagiaan itu dicipta bukan datang dgn sendiri.berdoalah semoga kemanisan hari ini berkekalan sehingga ke syurga firdausi.amin



 berkurung biru itu bonda pengantin kakak ipar saya isteri kpd abang saya dan yg berbaju T belang,abang kepada pengantin,anak buah saya.ermm masih belum berpunya...kalau ada yang jatuh hati boleh roger-roger i ye ;)

kad tol lebuhraya pantai timur.saya simpan sebagai kenangan dan insyaAllah panjang umur akan ke sini satu hari nanti.siapa tahu saya akan terus ke kelantan dan terengganu.RUMAH KUNING sila jemput saya dgn karpet merah ye ;)



pintu gerbang indah menawan...pahang negeri yang makmur....ya sesuai Pahang Darul Makmur. 

sesungguhnya perjalanan kami dipermudahkan...alhamdulilah.jengka dlm kenangan...jauh perjalanan,penat namun banyak pengalaman yg boleh dikutip.

hidup ini sangat indah!

6 comments:

Rumah Kuning said...

kita taknak berharap sangat, bimbang orang tak sudi. hehehe nanti naik kelabu karpet, orangnya tak sampai2.

@cu SaYaNg said...

comel nye pengantin :)

echah_syed said...

rumah kuning >> jgnlah majuk...nnt kite dtg sana.sila masak sendiri nasi kerabu tau.yum yum!

istana kuning,i'm coming soon!

echah_syed said...

acu sayang >>comel mcm mokcik dia kan kan kan :)

awai awai said...

pintu gerbang tu lah tmpat melepak dulu tiap mlm...mmmmm

Anonymous said...

jengka 19 ni tok penghulu x bagus... jadi jengka xbrp maju sejak kehadhadiran dia harap di berundur diri,harap takuk pemimpin jengka19 ni di bubar sebab dulu bile balik kampung senang je nk isi minyak kt caltex@midas tapi sejak akhir akhir ni caltex ke mana midas pun kimana setahu saya itu dana dari koperasi jengka,urmmm sebab duit mcm2 bole jadi.. pada pndapat saya laaa, felda sekarang dah mcm dulu,generasi kedua xdapat byk bantuan dari felda soo kebanyakan mereka keluar dari jengka... sekian assalamualaikum selamat hari raya 2016 maaf zahir batin pada yg terasa dripada pemuda jengka 19 yg skarg berada di luar negara..