Tuesday, April 21, 2009

sabo jer aku..!


limau nipis,madu & sudu plastik @ cawan plastik.tak leh guna sudu besi weii.

sabo jer aku nmpk mende alah ni..eskrem durian & pulut hitam.


combi batuk so tadi masa chat dgn sis lin,mat gebu & linn dorang kasi petua utk redakan batuk.kebetulan kat rumah teda limau nipis..combi kuar kejap tadi gi carik limau kat paso.otw lalu depan paso combi singgah beli antibiotik kat farmasi.combi dah jupe doktor minggu lepas ok kejap then batuk semula.



dalam dok batuk pun combi beli eskrem kat atas tu.simpan dlm esbox.kunun nak belasah lepas batuk dah baik..adehh dah tau demam/batuk ngape ler gatai tgn gi beli eskrem.asal buka esbox nmpk mende alah tu..sabo je aku :p



dorang suruh pantang kalo nak cepat baik..ni yg kena tahan napsu napsi.thnx kat korang sbb sharing dgn combi petua ni.insyaALLAH combi try pantang ekk..*mesti ada yg gelak sumbing*



layan jerr..



Sunday, April 19, 2009

erti sebuah persahabatan..



semua kat atas ni dari cikgu azah..thnx azah


lambang patriotik gitu..thnx amirul



so sweet ..thnx LOL-P





tee shirt msjbox & souviner dari shai.thnx shai.malu nak ambek sbb pree.combi order 2 helai jer tp shai kasi 4 helai.adehh dah ler pree pulak tu :p


doa combi semoga rezeki shai bertambah murah.timakasih daun keladi,muka tak malu mau lagi.. :D


model diatas dah booking kaler biru & merah..hiks


layan jerr..


Thursday, April 16, 2009

manja weiiI..

beso dari mama dah..

buat muka kesian laa tuu..

bergambo beramai-ramai sempena hari polis daerah tuaran

ada gaya tak..??

bersama kawan-kawan kadet polis sekolah..


yg mana satu pilihan Qalbu.. :D


sempena hari polis daerah tuaran bujang combi mengambil bahagian dlm kawalan kehormatan.amboi punyer excited.mana tidaknyer berpakaian lengkap siap pegang senapang.bravo tu beb!



combi rasa ramai anak remaja mmg suka sesuatu yg mencabar.tenaga yg berkobar-kobar harus disalurkan ke tempat yang berfaedah.ibu bapa harus mendorong supaya mereka rasa diberi perhatian yg sewajarnyer.



PLKN skrg menjadi rebutan dikalangan anak-anak lepasan SPM.2000 permohonan dari anak-anak yg tidak tersenarai nama dlm pengambilan tahun ini.namun tempat yg terhad tidak semua dapat join.cerita yg best-best dari bekas pelatih PLKN membuat ramai anak-anak teruja.bujang combi pun tidak ketinggalan..



sebagai ibu combi selalu kurang yakin dgn kemampuan bujang combi.apatah lagi dia ni mmg manja tahap gaban. sesungguhnyer kemahuan mengatasi segalanyer.combi sgt berbangga sbb bukan mudah bila menjadi kadet polis sekolah.



berlatih ditengah panas mentari dgn kasut boot yg berat,membawa senapang(besi tu beb)berkawad dgn betul(salah kena denda)adehh rasa mcm tak percaya jek.
kulit bertukar kaler hitam bukan halangan.minat mendalam dgn sepasang uniform biru gelap membuat semua kepayahan menjadi mudah.syabas darl!



tapi..combi tahu kerjaya sebenar idaman dia berkaitan dgn kapal terbang.apapun kena tunggu sehingga april 2010.
combi sokong apa saja tapi kena tgk kemampuan la pulak.tak gitu darl :)



*combi nak dia jadi pendidik mcm abah & kakak dia.

*gambo kadet polis ehsan dari camera kawan dia..TQ

layan jerr..