Thursday, November 4, 2010

surat cinta dr M? oh bukan kerana pangkat ^.*

combi membeli ke dua-dua buku ni kat times suria kk.kebetulan temankan precious mencari buku untuk dihadiahkan kpd student dia yang lulus bahasa inggeris peperiksaan semester akhir baru-baru ini.berbangga dengan precious kerana membeli buku sebagai hadiah motivasi kepada anak didiknya.syabas darl...!

berbalik kpd buku 'dr mahathir's ~ selected letters to world leaders dan buku bukan kerana pangkat~tun dr ismail dan masanya.

sangat tertarik dan teruja bila ternampak buku-buku ni. dr mahathir's ~ selected letters to world leaders merupakan surat-surat yg diterima dan dibalas kembali oleh tun dari ketua-ketua negara lengkap dgn tandatangan yg tun nak share dgn kita semua.menjadi perdana menteri malaysia selama 22 tahun sudah pasti tun menerima banyak surat diantaranya dari presiden george w.bush,presiden bill clinton,presiden jacques chirac,margaret thatcher,tony blair dan prince charles.wow memang rasa teruja bila nampak tajuk buku inikan.kalau nak tahu lebih lanjut sila beli sendiri ye :)

bukan kerana pangkat~tun dr ismail dan masanya... sangat sesuai dibaca kerana sejarah akan membuat kita menjadi lebih patriotik terhadap bangsa dan negara yg kita cintai.beliau merupakan seorang anak malaysia yang terbilang."saya sanggup lakukan utk negara apa yg saya tidak sanggup lakukan utk diri dan keluarga saya sendiri".hebatnya semangat patriotik beliau jika dibandingkan dgn ahli politik zaman sekarang.

takyah ler ulas panjang lebar dan silalah dapatkan dimana-mana kedai buku.apapun marilah kita sedekahkan al-fatihah semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yg beriman.amin


dulu waktu sekolah combi tak berminat dgn matapelajaran sejarah kerana malas nak menghafal dan combi pilih geografi.geografi ni best dan kalau ikut logik akal pun lebih mudah dari sejarah kerana combi terbayang peta,ada pokok kelapa sawit,lombong bijih timah,sawah padi hahaha...adedeh.

layan jerr...




18 comments:

rumah kuning said...

selamat membaca la ye. jgn lupa minggu depan periksa. hehehe

anyss said...

Salam,
Saya pun suka geografi...sebab tu suka jejalan. Sejarah kena hafal...daya ingatan sangat payah nak hafal semua nombor-nombor. Nasib baik tak buta sejarah terus

Mmmmmm bukan senang tu nak khatamkan buku bersifat ilmiah gitu ...selamat membaca ;)

AbGJaS said...

hehe skrg ni sejarah wajib ambil dan wajib lulus pulak mulai 2013..

abgjas pun nda ambik sejarah dulu.

dlm filem Hati Malaya 1957, baru abgjas tau tun dr.ismail tegas orgnya..

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Suka sejarah sbb cikgu sejarah pandai sangat bercerita tapi tak tahu la kenapa tiap kali peksa dapat cangkul. ekekekkeke

Cetusan said...

selamat membaca, lepas baca ulas di sini sama2 dgr heee

Anonymous said...

salam combi

manje lak smpai skrg minat sgt dgn sejarah...

buku bkn kerana pangkat tu manje
tak pernah lg jumpa... nak cari la ~

echah_syed said...

RK >> eh periksa tahun depan laa hehe :p

echah_syed said...

anyss >> sama ler kita.sampai skrg tak reti dok dediam pantang cuti pnjg jer kaki ni :)

echah_syed said...

abgjas >> dulu muda-muda hensem pulak tun ni eh :p

utk ke IPG mulai tahun ni pun wajib lulus sejarah.nasib anak bujang combi lulus :)

echah_syed said...

vic >> baguslah minat sejarah.combi time sejarah ngantuk arr.ish2..

echah_syed said...

zz >> tunggu smpi khatam dulu eh... :p

echah_syed said...

manje >> bagusnya...sepatutnya semua org wajib minat sejarah kan.

combi beli kat times buku ni.

AMANI QASEH IRDINA said...

kite pun minat sejarah...sukela blog ni..kite follow eh..

Jari Lentik said...

blog walking...

peminat buku ye?

Anonymous said...

bukan kerana pgkat sy dah ade tp smpai la ni tkbaca2 lagi..hehe

echah_syed said...

amani >> bagusnya dia suka sejarah.tq singgah sini :)

echah_syed said...

jari lentik >> tq singgah sini.salam kenal :)

echah_syed said...

nemo >> lama tak singgah sini eh.