Friday, December 24, 2010

jauh dimata dekat dihati... ^.^

bersama opah midah yg sangat kelakar sehingga tak kering gusi dgn lawak spontan beliau.

terima kasih yong kerana menu yg lazat...yum yum :)

sakit perut ketawa dgn celoteh opah midah...boleh awet muda kalau berjiran dgn opah midah ni tau.

bapak-bapak...hehe :D

sepasang burung comel dak aiman.

cantek kan warna bulu burung ni... *nuri ke*

bergambar kenangan..didepan farah dan opah midah.

semoga silatulrahim ini berterusan ye yong.terasa rendah ai disitu ish3 :p

bergambar kenangan bersama famili yong dan dak wangi.terima kasih dak wangi kerana sanggup turun ke klang menjemput kami.jasa mu tetap dikenang.

tqvm yong dan famili sekali lagi diatas layanan kelas pertama sehingga terkedu dibuatnya.semoga ini bukan pertemuan terakhir kita walau jauh dimata namun dekat dihati."sms pun bole" ekeke :p

kek yg besar ditabur dgn aising ros pink sgt cantek.kek ni utk precious hadiah graduasi.tq sekali lagi yong.dah tatau nak cakap apa lagi,kesudian menjemput kami ke rumah sgt dihargai dan kenangan manis kita akan dikenang selagi hayat dikandung badan.

adedeh...siap tapau lagi.malu ai tau ^.^

ada sambal tumis bilis special lagi.sesiapa yg nak order bole klik disini...

siapa sangka pertemuan combi dgn wangi disabah sebenarnya diatur oleh yong liza.dan pertemuan combi dgn yong liza pulak diatas kesudian dak wangi menjemput dan membawa kami ke rumah yong liza.inilah takdir namanya.bertambah sorang lagi kawan combi yg hanya berkenalan dialam maya dan bertemu dialam nyata kesudahannya.

kedatangan combi ke rumah yong liza disambut dgn menu yg pelbagai.ada ikan keli goreng sambal,masak lemak ayam,daging kicap,ulam-ulaman,sambal belacan dan macam-macam lagi sehingga combi dah lupa lah.mohon maaf yong liza sebab takde sekeping pun gambar makan-makan yg kita orang snap.nampak sangat teruja nak makan aje.ish3 gelojoh benar kan. :p

kalau yong liza ada gambar-gambar tersebut boleh email kat combi eh.kemesraan famili yong liza menerima kami membuat combi dan famili rasa terharu terutama dgn celoteh opah midah.tak kering gusi dibuatnya.terima kasih banyak-banyak insyaALLAH pnjg umur kita berjumpa lagi.

layan jerr...