Tuesday, January 11, 2011

tinggi diawan nan biru...

ngape 3 cawan jer?sebab dak choco duduk dibelakang kami.

international flight memang berbaloi siap ada pencuci mulut gitu :)
makanan yg disediakan pun lebih bagus dari flight biasa.combi tak sempat nak snap sebab suasana tempat duduk yg sempit jadi lecehlah sikit beb.kalau tak silap combi hari tu combi pilih satay dan mee.kalau flight biasa faham-faham ajelah melainkan yg duduk kat 1st class.

yummy...!

combi snap dari tingkap flight...dari KLIA cuaca sgt cerah.awan membiru,pemandangan yg sgt indah.kekadang rasa macam tak percaya sedang terbang diawan nan biru.dulu masa combi kecil selalu nampak kapal terbang dan combi selalu berkata didalam hati "mesti ramai orang kaya kat atas kapal terbang sebab orang kampung mana boleh naik kapal terbang" hohoho :P

sekarang semua dah berubah.bumi malaysia yg makmur memberi peluang kpd semua orang utk ke satu tempat yg jauh hanya beberapa jam sahaja dgn menaiki kapal terbang.tambang kapal terbang pun lebih murah dari dahulu.industri pelancongan menjana pendapatan negara kita.ramai pelancong luar melawat negara kita setiap tahun.

pernah dengar tak joke ni : "pagi breakfast kat KL,minum petang kat kota london dan dinner kat paris " hok3... *mr.alid selalu buat mcm gini* ^.^

indah langit ciptaan tuhan...

seputih salji... ini ketika flight hampir sampai ke sabah.combi nampak semua dah jadi putih.tidak kelihatan lagi warna biru.kemudian hujan mula turun.

ketika ini dah hampir ke kota kinabalu dan cuaca beralih mendung..

keretapi:perjalanan dari KL CENTRAL ke PARIT BUNTAR.

beginilah rutin perjalanan kami bila bercuti ke kampung.sampai diKL kami akan tidor semalam dihotel dan besok kami akan menaiki keretapi ke parit buntar.kami semua sepakat naik keretapi kerana lebih selesa dan selamat.walaupun perjalanan mengambil masa sehingga 8 jam namun kami tetap memilih keretapi.

jika terasa penat duduk lama dikerusi,boleh berjalan-jalan didalam keretapi.anak-anak combi sejak dari kecil lagi dah biasa dgn keretapi so perjalanan yg lama tidak menjadi masalah lagi.kalau dah siap laluan keretapi laju KL-BUTTERWORTH nanti lagi la bagus.tapi mungkin masa tu combi dah berpindah ke kedah.
.. *.*

layan jerrr...