Tuesday, January 11, 2011

tinggi diawan nan biru...

ngape 3 cawan jer?sebab dak choco duduk dibelakang kami.

international flight memang berbaloi siap ada pencuci mulut gitu :)
makanan yg disediakan pun lebih bagus dari flight biasa.combi tak sempat nak snap sebab suasana tempat duduk yg sempit jadi lecehlah sikit beb.kalau tak silap combi hari tu combi pilih satay dan mee.kalau flight biasa faham-faham ajelah melainkan yg duduk kat 1st class.

yummy...!

combi snap dari tingkap flight...dari KLIA cuaca sgt cerah.awan membiru,pemandangan yg sgt indah.kekadang rasa macam tak percaya sedang terbang diawan nan biru.dulu masa combi kecil selalu nampak kapal terbang dan combi selalu berkata didalam hati "mesti ramai orang kaya kat atas kapal terbang sebab orang kampung mana boleh naik kapal terbang" hohoho :P

sekarang semua dah berubah.bumi malaysia yg makmur memberi peluang kpd semua orang utk ke satu tempat yg jauh hanya beberapa jam sahaja dgn menaiki kapal terbang.tambang kapal terbang pun lebih murah dari dahulu.industri pelancongan menjana pendapatan negara kita.ramai pelancong luar melawat negara kita setiap tahun.

pernah dengar tak joke ni : "pagi breakfast kat KL,minum petang kat kota london dan dinner kat paris " hok3... *mr.alid selalu buat mcm gini* ^.^

indah langit ciptaan tuhan...

seputih salji... ini ketika flight hampir sampai ke sabah.combi nampak semua dah jadi putih.tidak kelihatan lagi warna biru.kemudian hujan mula turun.

ketika ini dah hampir ke kota kinabalu dan cuaca beralih mendung..

keretapi:perjalanan dari KL CENTRAL ke PARIT BUNTAR.

beginilah rutin perjalanan kami bila bercuti ke kampung.sampai diKL kami akan tidor semalam dihotel dan besok kami akan menaiki keretapi ke parit buntar.kami semua sepakat naik keretapi kerana lebih selesa dan selamat.walaupun perjalanan mengambil masa sehingga 8 jam namun kami tetap memilih keretapi.

jika terasa penat duduk lama dikerusi,boleh berjalan-jalan didalam keretapi.anak-anak combi sejak dari kecil lagi dah biasa dgn keretapi so perjalanan yg lama tidak menjadi masalah lagi.kalau dah siap laluan keretapi laju KL-BUTTERWORTH nanti lagi la bagus.tapi mungkin masa tu combi dah berpindah ke kedah.
.. *.*

layan jerrr...

10 comments:

azieazah said...

Ya, best kalu naik fligt yang layanan best dan makanan sedap.

Aku pernah naik KLM Airlines, makanan sedapppp...!

Seronok gak ek perjalanan balik kampung turun naik mcm tu. Mula2 atas angin, pastu atas darat, mujur tak atas air plak pastu..

Naik ketapi balik PB buat aku terkenang. Sebab aku pun selalu gak balik PB naik ketapi, maklum anak ramai, tak muat keta.
Yang tak tahan cuma sejuk la. Kena pakai selimut dan stoking bagai...

echah_syed said...

azie >> skrg ni ada koc yg ekon tak sejuk weii.KTM ni pun bukan boleh harap jugak.

teringat dulu-dulu nek ketapi yg kerusi keras dgn panas giler takde ekon huhu :(

Anonymous said...

salam combi

bila nak pindah ke kedah...
nanti2 boleh jumpe ngan combi (^_^)

sejuk2 dlm kapal terbang mkn aiskrim? kalao manje mau tanggal gigi hehe ~

Darling Pya said...

dah lama tak naik ketapi
dulu masa belajar selalu gak naik ketapi dr kl ke butterworth..
harga utk pelajar cuma 9rgt je waktu tu...

The Red Rambutan said...

Kak Echah - Part icecream tu yang best tu. Hari tu ada orang tu minta 3 cawan jugak...he he he nasib baik stewardess tu layan.

mr. alid tu kerja peramugara ek??? Bukan ke dia tu kerja jaga jek? koh koh koh koh! (ketawa sambil batuk, batuk sambil tido)

echah_syed said...

manje >> a'ah dah dekat tu.bandar baru jer.nnt boleh jumpa manje.

tak makan pun eskrim tu sbb keras giler lagi.so bawa balik rmh jer.

echah_syed said...

acu >> murah kan masa.combi selalu gi KL rmh kakak time cuti sekolah so kami naik ketapi ramai-ramai.dah lupa berapa rm masa tu.

skrg dah tak boleh sukahati naik mcm dulu,kalau takde tiket tak boleh naik... :)

echah_syed said...

red >> mr alid tu budak jawa kenalan i.dia skrg dah loaded nek kapai mcm nek gerek jek.dah tu eksen giler sebab air asia tak main ish3...

stewardess tu layan ler sbb orang tu mesti guna skill mengorat ekeke :p

Pn. Liza Mahmood said...

Yong..Yong..., nanti kite naik ketapi sesama ye... Jgn sampai kena asing gerabak sbb kite menceceh x berenti udah le ye... isk...x3. Bile le gamaknye ye??

echah_syed said...

yong >> 8 jam kalau berkongsi cerita pun tak cukup ni yong hehe.. :p