Wednesday, February 23, 2011

cerita tandas... :P



ade orang cakap...kalau nak tahu orang tu pembersih ke tidak sila tengok tandas@bilik air kat rumah dia.jika bersih maka pembersih lah tuan punya rumah.sebenarnya bilik air atau tandas adalah tempat yg paling penting didalam sesebuah rumah selain dapur.

tapi yg hairan bin pelik sekarang ada ibubapa yg tak mengambil berat tentang pembersihan tandas atau bilik air dirumah memasing sehingga semua tugas diserah kpd orang gaji @bibik.disebabkan itu maka anak-anak tidak diajar untuk membersih tandas dan bilik air mereka.maka sekarang cuba perhati tandas awam dan tandas disekolah-sekolah,sangat kotor dan jijik.ada jugak tu yg pemalas nak pam setelah menunaikan hajat disitu.eaaa...pengotornya! [sila jgn muntah ya]

apa yg combi membebel pasal tandas atau bilik air ni adalah kerana nak kongsi cerita tentang dak precious.sekarang dia dah tinggal menyewa dikudat.so setiap dua minggu combi akan ke sana melawat dia dan jika combi tak ke sana,dia akan pulang menemui kami disini.

hujung minggu lepas combi ke sana kebetulan precious cuti sempena sukan sekolah dia.bila combi masuk jer ke dalam rumah sewa,terus jer dia cakap..."mama ana tak sempat cuci tandas sebab air takde pagi ni...jap lagi ade air ana cuci eh" hahaha kan dia risau sebab combi memang cerewet sikit bab tandas.takut kena bebel tu yg cepat jer dia mencelah! [kudat memang masalah air sejak zaman tok nadok lagi.sape lah YB dorang ni...haiya!]

apapun kita wajib ajar anak-anak tentang kebersihan tandas kerana disitu tempat kita membersihkan diri dan berwuduk.buatkan jadual tugas mencuci tandas kpd anak-anak sejak dorang kecil lagi.bukannya susah pun.betul tak...alah bisa tegal biasa.

layan jerr..

Tuesday, February 22, 2011

kudat lagi... :)

kudat yg damai...

pekan kudat...bestkan sgt lengang

beginilah seadanya...

kudup bunga ros...seksi kan :p

kembang mekar...

pink yg comel...

pak syed dgn penuh gigih :p

ade assitant lagi tu...hiks :p

inilah keroje dorang anak beranak...

bunga raya kuning...


purple...takde bunga tapi pucuknya berwarna purple.

unik eh...ada campuran merah dan putih.

yg ini nampak aneh sebab lain dari bunga raya yg lain kan..pertama kali combi jumpa spesis bunga raya mcm gini.

sepit udang kuning...biasa warna merah.

besar eh sekolah precious.

like fader,like doter....^.^

kelas dorang dibahagian tengah.

yg ini disebelah kiri.

yg ini disebelah kanan.besar sungguh SMK ABD RAHIM KUDAT 2 ni.

precious mencuba kereta manual combi...eh pandai pun :)

kudat,kudat,kudat...boring ke?takpa kalau boring nak buat macamana kan.bunga-bunga yg cantek tu semua combi shoot kat kawasan sekolah precious.bunga ros tu adalah milik peribadi tuan pengetua sekolah dia sendiri.rajin kan bos dia siap tanam bunga lagi kat laman sekolah.bertuah bini dia dapat laki yg rajin dan sukakan bunga :)

laki i?hobi dia waktu senggang tengok movie [kat rumah jer] serta jalan-jalan carik makan hok3...i pun bertuah jugak sebab dapat kembangkan badan asyik ikut dia makan :p

layan jerr...



limau yang dah lemau ^.^

CNY baru berlalu.jom cerita pasal buah limau sebab CNY dan buah limau memang tidak boleh dipisahkan.tahun ni dengar kabo buah limau banyak yg busuk@buruk sebab tak laku.maksud disini buah limau tidak begitu mendapat sambutan dikalangan kaum cina lagi.mungkin disebabkan harga yg mahal atau mereka juga seperti orang melayu yg semakin melupakan tradisi.

dulu-dulu zaman makpak kita kalau raya tak kira raya puasa atau raya haji,kuih baulu,dodol,peniram,kuih sepit,kuih goyang [hubby panggil kuih ros] wajib ada apatah lagi ketupat dan rendang.tapi kini zaman beralih kpd kuih moden yg tak tahan lama dan ada yg tak sedap langsung namun cantik dipandang.

gambar limau diatas tu combi beli sebakul mcm gitu hanya rm13 sahaja.ada lebih kurang 40 biji didalamnya.sangat murah kan.buahnya besar dan sangat manis.memang rezeki dak precious dan dak horlicks kerana hanya ada sebakul jer lagi.itupun combi dapat nun di giant penampang kebetulan kami balik dari makan nasik beriani di restoran "anak mami" berhadapan dengan bengkel proton.

tetapi yg didlm kotak kayu masih banyak dgn harga satu kotak rm30++.mungkin jika tiada pembeli semua buah limau tersebut akan busuk.menjadi tanda tanya jugak,ngapa dorang tak jual lelong je eh.ishhh alang-alang rosak lebih baik dorang lelong murah kan kan kan [sukati aku jer] hohoho :D

layan jerr..

Monday, February 21, 2011

cerita tandas... :P

pic google~ comelnya tandas :)

ade orang cakap,..kalau nak tahu orang tu pembersih ke tidak sila tengok tandas@bilik air kat rumah dia.jika bersih maka pembersih lah tuan punya rumah.sebenarnya bilik air atau tandas adalah tempat yg paling penting didalam sesebuah rumah selain dapur.

tapi yg hairan bin pelik sekarang ada ibubapa yg tak mengambil berat tentang pembersihan tandas atau bilik air dirumah memasing sehingga semua tugas diserah kpd orang gaji @bibik.disebabkan itu maka anak-anak tidak diajar untuk membersih tandas dan bilik air mereka.maka sekarang cuba perhati tandas awam dan tandas disekolah-sekolah,sangat kotor dan jijik.ada jugak tu yg pemalas nak pam setelah menunaikan hajat disitu.eaaa...pengotornya! [sila jgn muntah ya]

apa yg combi membebel pasal tandas atau bilik air ni adalah kerana nak kongsi cerita tentang dak precious.sekarang dia dah tinggal menyewa dikudat.so setiap dua minggu combi akan ke sana melawat dia dan jika combi tak ke sana,dia akan pulang menemui kami disini.

hujung minggu lepas combi ke sana kebetulan precious cuti sempena sukan sekolah dia.bila combi masuk jer ke dalam rumah sewa,terus jer dia cakap..."mama ana tak sempat cuci tandas sebab air takde pagi ni...jap lagi ade air ana cuci eh" hahaha kan dia risau sebab combi memang cerewet sikit bab tandas.takut kena bebel tu yg cepat jer dia mencelah! [kudat memang masalah air sejak zaman tok nadok lagi.sape lah YB dorang ni...haiya!]

apapun kita wajib ajar anak-anak tentang kebersihan tandas kerana disitu tempat kita membersihkan diri dan berwuduk.buatkan jadual tugas mencuci tandas kpd anak-anak sejak dorang kecil lagi.bukannya susah pun.betul tak...alah bisa tegal biasa.

layan jerr..

muka buku... @.@

facebook atau mukabuku merupakan satu fenomena baru cara bersosial skrg diseluruh dunia.apa yg combi nak katakan disini berhati-hati menulis status kerana anda dinilai dengan apa yg anda tulis difacebook.mungkin anda boleh menafikan dengan berkata "ada aku kisah"tapi....anda harus ingat kerana orang yang membaca tidak mengenali anda secara peribadi so mereka hanya mengenali melalui tulisan anda.

kalau anda maki hamun,caci hina orang lain,menggedik tak ingat donia adakah anda masih dianggap seseorang yg berbudi bahasa,bersopan santun,alim-alim kucing gitu?

ayat klise ~ "alah aku suka-suka jer pun.bukan aku serius.facebook hanya tempat release tension.aku kat luar lain tau,kalau korang tak suka sila block nama aku." [mcm lah org terhegeh-hegeh disitu] ek eleh ^.^

hahaha bole macam gitu eh.kalau dah anda menulis macam gitu,gitu jugak la persepsi orang lain terhadap anda.masih nak bela diri ke cik tipah oii? sabo aje aku :p
[tipah tertipu,tertipu tipah tak bole tipu hohoho..]

layan jerr...

Sunday, February 20, 2011

misha omar isteri ke 3 datuk K?


~pic google~

tahniah kpd penyanyi cantik molek dari kelate misha omar [jika benar] kerana telah bertemu jodoh.combi mmg suka dgn suara misha yg memang kelas gitu.bukan senang utk menyanyikan lagu misha omar kerana lagu-lagu beliau semua bernada tinggi dan misha salah seorang penyanyi yg memang boleh menyanyi secara live dgn baik sekali.

combi jugak suka misha menjadi pengacara sehati sejiwa kerana dgn gaya bersahaja dan kelakar serta manja,misha disukai ramai peminat rancangan sehati sejiwa.kepada misha tahniah sekali lagi dan sesungguhnya jodoh,ajal dan maut semua dgn izinnya dan sudah tertulis disana.


klik disini utk cerita sebenar :

layan jerr...

update : misha menafikan berkahwin bila ditanya oleh peminat beliau di laman twitter.takpelah misha peminat sentiasa mendoakan yg terbaik utk misha.semoga dipertemukan jodoh dan luv u lah!

Saturday, February 19, 2011

missed call ^sengal^

blackberry torch 9800~idaman precious *.*

combi menerima missed call & sms dari org yg tak dikenali.missed call sengal kali ke berapa pun dah tak ingat.geram dan marah tu bila combi dah cakap dia salah nombor dan orang yg dia carik tu takde dia tetap jugak kol.adedeh...

pernah sekali tu dia asyik kol sehingga combi menyuruh anak bujang combi melayan.dia masih tak berpuashati sehingga anak bujang combi menyamar sebagai anggota polis dan memberitahu yg nombor dia sekarang sedang disambungkan ke balai polis.

hahaha terus dia minta maaf dan janji tak kacau lagi.baru tau...!

[agaknya orang ni kaya credit kot tu yg meraban sukati kol orang]

lega rasanya selesai satu kes :)

..........................

minggu ni combi dapat lagi kol dari orang yg tak kenali lagi.dia missed call tak kira masa sehingga tahap kesabaran combi mendidih.combi terus marah dan ugut nak kasi kat polis nombor talipon dia.alasan dia biasalah carik kawan konon.

modus operandi yg sama seperti anak bujang combi lakukan.memang berkesan...selepas 5 minit dia hantar sms : Salam0alaykom...Mintah mapaf kah zaya zala n0mb0l ak0 egat adih k0 mintah map.
from : +601095296**

[bahasa apakah ini] adakah ini bahasa spesis yg tak pernah pergi sekolah hohoho.sabo aje lah :D

sekarang ni pelanggan celcom postpaid seperti hubby dan combi kerap mendapat sms dari 63660 iaitu sms nak dapat nombor TOTO,gambar-gambar gadis seksi dan pelbagai lagi sms sengal.apalah kerja dorang ni asyik nak merosakkan anak bangsa sendiri.dimanakah kita boleh report jika menerima sms mcm gini.korang tau tak.tapi lecehlah pulak nak pergi buat report bagai.ishhh @.@

layan jerr...


Friday, February 18, 2011

padamu ku bersujud....



selalu ke sini utk melayan lagu yg sgt menyentuh QALBU...

tak terlambat kiranya nak ucapkan SALAM MAULIDUR RASUL kpd semua kengkawan yg sudi singgah disini.

layan jerr...

Saturday, February 5, 2011

gong xi fa cai


tanglung yg cantek menghiasi bandar kk...

prasan mcm kat china gitu...ngeh3

comel tak dak baju merah tu?

deco yg sgt menarik kat 1 BORNEO kk.

wow...merah membara.tanglung disepanjang jalan gaya kk.

happy chinese new year & gong xi fa cai.semoga kita sentiasa diberi kemakmuran dan rezeki berganda ditahun arnab.

layan jerr...