pic google~ comelnya tandas :)
ade orang cakap,..kalau nak tahu orang tu pembersih ke tidak sila tengok tandas@bilik air kat rumah dia.jika bersih maka pembersih lah tuan punya rumah.sebenarnya bilik air atau tandas adalah tempat yg paling penting didalam sesebuah rumah selain dapur.
tapi yg hairan bin pelik sekarang ada ibubapa yg tak mengambil berat tentang pembersihan tandas atau bilik air dirumah memasing sehingga semua tugas diserah kpd orang gaji @bibik.disebabkan itu maka anak-anak tidak diajar untuk membersih tandas dan bilik air mereka.maka sekarang cuba perhati tandas awam dan tandas disekolah-sekolah,sangat kotor dan jijik.ada jugak tu yg pemalas nak pam setelah menunaikan hajat disitu.eaaa...pengotornya! [sila jgn muntah ya]
apa yg combi membebel pasal tandas atau bilik air ni adalah kerana nak kongsi cerita tentang dak precious.sekarang dia dah tinggal menyewa dikudat.so setiap dua minggu combi akan ke sana melawat dia dan jika combi tak ke sana,dia akan pulang menemui kami disini.
hujung minggu lepas combi ke sana kebetulan precious cuti sempena sukan sekolah dia.bila combi masuk jer ke dalam rumah sewa,terus jer dia cakap..."mama ana tak sempat cuci tandas sebab air takde pagi ni...jap lagi ade air ana cuci eh" hahaha kan dia risau sebab combi memang cerewet sikit bab tandas.takut kena bebel tu yg cepat jer dia mencelah! [kudat memang masalah air sejak zaman tok nadok lagi.sape lah YB dorang ni...haiya!]
apapun kita wajib ajar anak-anak tentang kebersihan tandas kerana disitu tempat kita membersihkan diri dan berwuduk.buatkan jadual tugas mencuci tandas kpd anak-anak sejak dorang kecil lagi.bukannya susah pun.betul tak...alah bisa tegal biasa.
layan jerr..
No comments:
Post a Comment