Wednesday, February 23, 2011

cerita tandas... :P



ade orang cakap...kalau nak tahu orang tu pembersih ke tidak sila tengok tandas@bilik air kat rumah dia.jika bersih maka pembersih lah tuan punya rumah.sebenarnya bilik air atau tandas adalah tempat yg paling penting didalam sesebuah rumah selain dapur.

tapi yg hairan bin pelik sekarang ada ibubapa yg tak mengambil berat tentang pembersihan tandas atau bilik air dirumah memasing sehingga semua tugas diserah kpd orang gaji @bibik.disebabkan itu maka anak-anak tidak diajar untuk membersih tandas dan bilik air mereka.maka sekarang cuba perhati tandas awam dan tandas disekolah-sekolah,sangat kotor dan jijik.ada jugak tu yg pemalas nak pam setelah menunaikan hajat disitu.eaaa...pengotornya! [sila jgn muntah ya]

apa yg combi membebel pasal tandas atau bilik air ni adalah kerana nak kongsi cerita tentang dak precious.sekarang dia dah tinggal menyewa dikudat.so setiap dua minggu combi akan ke sana melawat dia dan jika combi tak ke sana,dia akan pulang menemui kami disini.

hujung minggu lepas combi ke sana kebetulan precious cuti sempena sukan sekolah dia.bila combi masuk jer ke dalam rumah sewa,terus jer dia cakap..."mama ana tak sempat cuci tandas sebab air takde pagi ni...jap lagi ade air ana cuci eh" hahaha kan dia risau sebab combi memang cerewet sikit bab tandas.takut kena bebel tu yg cepat jer dia mencelah! [kudat memang masalah air sejak zaman tok nadok lagi.sape lah YB dorang ni...haiya!]

apapun kita wajib ajar anak-anak tentang kebersihan tandas kerana disitu tempat kita membersihkan diri dan berwuduk.buatkan jadual tugas mencuci tandas kpd anak-anak sejak dorang kecil lagi.bukannya susah pun.betul tak...alah bisa tegal biasa.

layan jerr..

17 comments:

Anonymous said...

asslamualaikum combi cyg

betul... tandas kita cerminkan
sikap kita... jadi bersihkan lah
tandas selalu yea... (^__^)

Cetusan said...

Home sweet home

TokNabe said...

Lawa tandas kat atas tu, sayang nak guna................... :)

echah_syed said...

manje >> manje...a'ah tandas kan tempat mencarik ilham ekeke :p

echah_syed said...

zz >> rumah ku syurga ku...hiks :p

echah_syed said...

toknabe >> lama tak nmpk tok eh.betul tu gamaknya tu tandas utk jamu mata jer kot :D

faridmw said...

salam... tandas mmg penting.. klu tandas ok baru seronok masuk...

AbGJaS said...

hi combi,
lama x jumpa hehe..

peraturan mudah; angkat toilet seat selepas guna, pun ramai yg x tau n amal..

echah_syed said...

farid >> tandas bersih udara pun nyaman hok3... :p

echah_syed said...

abgjas >> a'ah lama tak ziarah ke sana.

org kita ni masih ade yg pengotor dan pemalas.ishh :(

Pn. Liza Mahmood said...

Betul tu Yong, Teman setuju bebeno...

Bilik ayo Teman sental sendiri - Bilok ayo bebudak tu pun deme sental sendiri - Bilik ayo Opah Midah kami bertiga bergilir.

Yang tak best nya Hotel di Malaysia ni beso-beso, berbintang-bintang tp payah beno nak ada kepala paip dlm tandas - Kata negara ni agama rasminya Islam tp bab thoharah out - Citttt...! Sapelah yg meluluskan pembinaannya ye?

MiaAngie said...

kebersihan itu amat penting
yani tenion cleaner kat kolej ni
adeiiiiii pemalas :-((

Pn. Liza Mahmood said...

Aikk..mane komen Teman ni Yong? Udah anto tau... Ade je halangan melayari blog Yong ni- dulu buka je 'hang' - la ni laju la pula tp komen udah terobang... theheheheeee...

iDAN said...

Saya sependapat dengan Combi; memang suka sangat jika punyai tandas bersih; tapi tak semua ahli keluarga peka; baru beli pelapik tandas sudah calar balar; sebab apa letak baldi pada penutup tandas; (tandas duduk)

Baru ni tukar jubin bilik air sebab sakit mata tenguk jubin lama tu jenis jubin renik payah nak bersih!

Samalah jika ke mana pun saya akan pilih tanda OKU selalunya bersih sikit banding tanda awam lain; geramnya di masjid pun belum terjamin tandasnya bersih...

echah_syed said...

yong liza >> komen tu tak hilang pun...ade ni :)

hotel tak sediakan paip dlm tandas sbb dorang taknak tandas banjir la yong.maklumlah orang kita ni bila dah disediakan paip ade pulak yg buat mcm rumah sendiri pulak hohoho :p

biasa tandas yg ade paip mesti lagi kotor dan lecah...betul tak?

echah_syed said...

yani >> tu la pasal... :(

echah_syed said...

kelopak >> hi slm kenal.thx singgah sini :)

betul tu kalau takde kerjasama semua tak akan selesai.kalau tandas sendiri pun tak kisah apetah lagi kalau menggunakan tandas awam kan.