enggan beri markah kasihan - Pensyarah USIM dakwa terpaksa letak jawatan ekoran keputusan peperiksaan
KUALA LUMPUR - Gara-gara hanya meluluskan empat daripada 157 pelajar jurusan undang-undang, seorang pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mendakwa 'dipaksa' meletakkan jawatan demi menjaga reputasi universiti.
Nor (bukan nama sebenar) memberitahu, punca peletakan jawatannya adalah kerana tidak tahan lagi menerima tekanan supaya mengikut kehendak universiti dalam pemberian 'markah kasihan'.
"Bagaimana hendak memberi markah jika itu merupakan markah sebenar yang mereka peroleh. Malah saya sudah memberi markah yang boleh diberikan meskipun mereka (pelajar) tidak layak mendapatnya,'' katanya ketika ditemui Kosmo! di rumahnya di Ampang semalam.
Menurut Nor, 35, pemberian markah itu melibatkan pelajar dua kursus berlainan semester dua sesi akademik 2007/2008 lepas.
Menceritakan apa yang dilaluinya, Nor berkata, ia bermula apabila dia diberikan surat penjelasan mengenai kegagalan pelajarnya pada Jun lalu melalui dekan fakulti terlibat.
Kerana kegagalan para pelajar itu, dia kemudian dikritik hebat oleh pihak atasan dan mereka mahu dia menambah markah termasuk memberikannya berdasarkan kehadiran pelajar ke kelas sepanjang tahun semata-mata mahu mengurangkan jumlah pelajar yang gagal.
"Tapi saya berkeras. Mana boleh saya beri markah cara demikian sedangkan itu memang tanggungjawab wajib mereka untuk hadir ke kelas," ujarnya yang menjadi pensyarah di universiti itu sejak Disember 2007.
Tambah Nor, pelajar terlibat bukan sahaja tidak menjawab soalan tetapi turut gagal mengarang esei dalam bahasa Inggeris.
*copy paste dari kosmo 150409
22 comments:
Manja sangat til org lain yg kena tanggung 'kebijaksanaan' pelajar..
Cian Nor..
Pihak Universiti sepatutnya amik pendekatan lain, ni suh letak jawatan plak..
Bilalah bangsa kita nie ble ke depan..
usaha sendiri malas
tggu nak mnta di suap kan je..huh
Walweiiiiiiiiiiii.....
Macamana nak naik kan GRED universiti kat MALAYSIA...kalau orang2 macam nih pon nak kena ambil tindakan......
Kalau takat Gah pada Nama...TETAPI.....GRED hampeh.com
baik tak yah!!!
Gua sokong NOR.....Berani !! TEGAS!!
LOL -P >> tu la pasal..
suruh berarak kat jalan atau merempit suke la dorang :(
acu >> dah biasa diulit dgn duit oleh mak bapak begini laa jadiknyer..
dorang ingat mak bapak nak menompang langit smpi bila-bila kot :(
dj >> anak bangsa kita tak pernah sedar diri.. :(
dorang ingat 'masuk' U dah glam smpi lupa diri :(
hampehh..!
Susahkan sekarang ni...
Ketelusan kat mana-mana dah nipis.
sebaliktabir >> tanggung jawab semua org termasuk ibubapa gak.jgn asal anak dah masuk U terus lepas tgn jek :(
Hye there Kak..
Datang kat blog LOL k.
Amik Award ChanteQ..
Hehe..
Gud day Kak.
LOL-P >> thnx..
jom combi nak zass gi sana :D
ah sesuka korg je nak kutuk.
mcm la nerd sgt nak 24 jam baca buku.
anyway,
sila ke blog aku.
thanks.
ah sesuka korg je nak kutuk.
mcm la nerd sgt nak 24 jam baca buku.
lect tu x dipecat pun.
dia yg letak jawatan.
anyway,
sila ke blog aku.
thanks.
an2blur >> nama pun student kena laa study..tak gitu anakanda.
yg baik jadikan teladan yg buruk jadikan sempadan.
semoga success dan dapat berbakti kpd kedua ibu bapa,negara & bangsa.. :)
Yup..
Sistem gred markah bagi Universitas (bahasa Indon) di negara ni adalah untuk melindungi para penuntut agar lebih ramai yang melepasi tahap gagal..
Tapi kesannya, penuntut-penuntut ni tetap di takuk lama dalam skop pengetahuan kerana sikap 'melindungi' tu dan akan membebankan penuntut itu sendiri sekiranya berada di luar kampus kelak..!!
Nor yang tak mahu perkara tu berlaku telah dipaksa untuk mengundur diri dari terus berbakti membijakkan anak bangsa hanya kerana berlaku tegas.. Tahniah pada pihak pengurusan Universiti tu yang mempandirkan anak bangsa sendiri dan juga mengkelembaikan diri-sendiri..!!
Tahniah..!!
cerpelai >> mmg ade U yg buat begitu demi anak2 kita yg mungkin rajin study tp tak gak jadi pandai..
masalahnyer skali lect topup dorang nak 2,3 kali..
combi pun tahu masalah lect ..dibuang mati emak diluah mati bapak.
anak2 kita ni combi tgk seronok bercinta dikampus dari seronok study..maklumlaa takut digelar NERD :p
Hmmm..kepada pengomen..tak tau citer sebenar..baik x yah layan benda nih.. tambah dosa jerk...
anon >> hi anon..ur are welcome
sweet name yaa :)
kita komen utk UMUM.sbb kat malaysia ni bukan ada USIM jek so jgn laa emosi ok.
thnx sudi tinggal jejak.ade link tak kita nak balas ziarah.
sila buka blog ni untuk maklumat berkaitan kes ni>>>> http://bro86.wordpress.com/
jangan dgr sebelah pihak ajerrr...
semua adalah fitnah jahat manusia yg tak senang dengan satu2 perkara...
aduh..kesian sgt saya kt hamba2 ALLAH yg xtau kisah sebenar cite ni..''nama gah'',''merempit"",''berarak kat jalan''...lagi xnak tambah dosa lg??
cukup2 la..kaji+kesimpulan=tanya diri sendiri..
ok?
http://bro86.wordpress.com/
http://usulifaqih.blogspot.com/2009/04/usim-glamour.html
Post a Comment