mokcik tersenyum gumbira walaupun panas lit-lit... :p
awan nan biru..sgt indah dimata ku.
turun ke bawah dari bukit dibelakang sana nun..semua ini akan tenggelam bila air laut pasang.
kulit karangan laut yg melekat diatas batu serta lumut yg licin harus berhati-hati..
anak abah tau hehe... (*.*)
mokcik dgn kamera comel dia...
takungan air ketika air surut.ada nemo kat dlm tu.serius...tapi dia malu takmoh diambil gambarnya~low profile kot hohoho :D
terapi mata~sejauh pandangan mata merentasi laut cina selatan
hakisan air yg membentuk lubang-lubang kecil diatas batu.
edisi batu so asyik gambar batu jek.tapi jangan ada yg berhati batu sudahlah :D
unik...comel jer kolam air kecil :)
pepatah melayu~batu yg keras pun,bila dititik air akhirnya berbekas juga.mmg benar sekali.inilah contohnya... :)
combi fikir background kat belakang precious ni tanah liat tetapi telahan combi salah.sebenarnya yg berwarna tanah liat ini adalah hakisan air laut ke atas batu yg membentuk seolah alunan ombak.tekstur ia seakan kertas pasir.sekali pandang mcm kotak-kotak backdrops utk drama atau filem eh.mmg indah dan unik kejadiannya.
our tour guide@driver ekekeke :p *tq my sweetheart*
panorama yg sgt mendamaikan...
cantek kan...
view yg paling combi suka...
mcm diatas kapal kan.apabila air laut pasang batu ini akan tenggelam.
korang boleh menjamu mata dgn gambar yg disnap oleh pak syed.cuaca panas ketika kami ke sini lebih kurang pukul 3pm so panasnya boleh membuat kulit sunburn.mungkin lenkali boleh datang sebelah petang cuaca pun redup dan kemungkinan jika bernasib baik boleh menikmati sunset disini.
apapun tempat ni mmg best diwaktu petang dgn pemandangan yg cantik serta angin yg sepoi-sepoi bahasa.korang jugak boleh kesini utk mendapat lebih info dan jugak ke mysabah.com kat sini.
jagung bakar ni seringgit satu.ada pilihan nak jagung manis atau jagung pulut.
cili api..ermmm precious kalau nampak ni tak senang duduk lah dia.
labu bukan mak labu eh.. :D
konvoi kemerdekaan yg sempat combi snap.ada 45 buah kereta membawa bendera jalur gemilang menuju ke kudat.
ke simpang mengayau bersama precious~dia jadi tour guide dan drebar kami bah (*_*)
darl dgn senapang dia mmg tak dapat dipisahkan...
panas terik masa ni abis terbakar kulit muka ini cewek...
amboi...mokcik pun tersenyum gumbira disitu
gigihkan...ai like dis view
sangat cantik...
korang tahu tak dimana tempat ni? mmg sungguh menakjubkan ciptaan illahi.
damai..
jumaat petang combi pergi ke kudat menziarahi precious.3D 2N disana menghabiskan masa bersama precious.kudat sebuah pekan kecil yg sangat damai tak sesak dan memang best utk berehat dari kesibukkan bekerja sepanjang minggu.
dan ramai yg tak tahu kudat merupakan pekan kecil yg penduduknya sgt berdisiplin ketika memarkir kereta.korang takan jumpa kereta yg diparkir senget atau diluar kawasan kotak parkir.serius...korang boleh tanya sesiapa yg pernah datang kesini.
sangat berbangga dengan penduduk kudat dan penguat kuasa disini.tabik spring toing10x :) macam tak percaya eh sehingga precious sendiri terpaksa belajar memarkir kereta cara undur sbb nak kasi ngam ke dlm kotak parkir yg diapit oleh kereta depan dan belakang.wow hebat lah precious ekeke :p *combi sehingga kini tak pandai-pandai*
tapi satu perkara yg korang jugak tak tahu sehingga kini kudat masih mempunyai masalah air bersih.combi pun tidak pernah tahu kerana sebelum ini combi hanya tinggal dihotel.sangat bersimpati dgn penduduk kudat dan dikampung-kampung mereka masih menadah air hujan utk kegunaan seharian.
combi berdoa suatu hari nanti kudat akan menikmati kemudahan air bersih seperti kawasan lain jugak.kepada wakil rakyat kudat sila lah beri perhatian kerana perkara ini sudah bertahun-tahun belum jugak selesai lagi.janganlah menikmati elaun dgn tidak berbuat sesuatu utk rakyat jelata kerana anda akan disoal diakhirat nanti.