Thursday, April 10, 2008

al fatihah 100408 1.00pm

al fatihah...

ucapan takziah kepada keluarga pengerusi pertiwisa tuaran kawan combi puan hajah ustazah nurbigam kerana kembalinya suami beliau kerahmatullah semalam( jam 10.30mlm).marilah kita sedekahkan al fatihah kepada allahyarham cikgu kasim.

inilah takdir yg tersurat kematian suami beliau diganti dengan mendapat seorang menantu lelaki yg mana majlis ijab qabul mereka hari sabtu lepas seperti n3 combi yg sebelum ni.

combi rase sedeh sbb baru jer jumpa allahyarham pada hari kenduri kawin tempohari..terasa lagi sentuhan tgn bila combi salam & cium tgn dia. combi dah anggap mcm abang sendiri.

combi sgt tersentuh dan mengalir airmata bila ustazah peluk combi dan dia ckp " abg ko sgt baik dgn akak,dia tak pernah marah,tak pernah berkasar,sgt penyayang sampai hari ni.tp akak redha."inilah kasih syg yg mekar sampai ke hujung nafas.aduhh! combi sgt terharu..

jenazah selamat dikebumikan selepas waktu zohor..ntah ape yg akan berlaku pada ustazah selepas ini sbb dorang mmg loving couple.mcm tak sanggup combi hadapi sume ini kalo combi ditempat beliau sbb huby pun sgt penyayang :(

darinyer kita dicipta dan kepadanyer kita kembali.amin

13 comments:

umi_e said...

Al fatihah... semoga rohnya ditempat orang-orang yang dikasihi-Nya...

* biasanya orang yang baik2 camtu yang cepat dijemput oleh-Nya :(

CikguZue said...

Innalillah wa inna ilaihi rajiuunn.
al-Fatihah.

Rumah Kuning said...

Takziah, semoga rohnya dirahmati Allah.Kita pun sebenarnya dalam barisan menuju kematian yg tidak diketahui siapa di hadapan dan siapa di belakang.

Jie said...

Salam tahziah utk keluarga semoga lebih tabah...dan Al-Fatihah untuk arwah semoga rohnya dicucuri rahmat

Anonymous said...

Salam takziah utk keluarga ustazah tu... Segala2 nye kehendak Tuhan yang Maha Kuasa... Siapa la kite nak menghalang takdir Tuhan...

> Kite same2 doakan arwah ditempatkan dikalangan kekasih Allah ye kak...<

Anonymous said...

al-fatihah...

^aNgRiAni^ said...

al-fatiha..akak sedey yer...Allah Mah Besar...semoga rohnya ditempatkan bersama org² yg beriman...Amin...

muadzlife said...

alfatihah. semoga dia kuat mengharungi hari2 mendatang...dan kita akan terus beri sokongan pada dia...:)

AbGJaS said...

Salam Combi,
Salam takziah keluarga serta al-Fatihah arwah suami Ustzh Nurbigam.

Redha dgn takdir merupakan kunci ketenangan jiwa.

kuIna said...

al-fatihah buat arwah....

dr DIA kita dtng kepd DIA kita kembali

KeL@T said...

Al-Fatihah... salam takziah buat kuarga yg bkenaan... huhuhu...

Ziana said...

Innalillah wa inna ilaihi rajiuunn....

SAlam Takziah buat keluarga arwah..Moga tabah dgn dugaan Allah...

Al-Fatihah..
Amin.

echah_syed said...

maceh atas concern kawan2 sume **hugs**

perginyer pada hari dan waktu yg sangat barakah iaitu hari khamis malam jumaat.

semoga roh allahyarham tenang & aman disana bersama roh org2 yg dikasihi ALLAH S.W.T amin.