Sunday, March 1, 2009

sekali air bah,sekali pantai berubah..

datai,kota belud sabah

Suami cemburu isteri berjaya

Minggu ini mari kita ikuti kisah perjalanan hidup Norzakiah yang tidak kurang hebatnya menentang arus yang penuh rancau, onak dan duri.

Dalam e-melnya Norzakiah memberitahu umurnya lebih 40-an sementara suaminya tua tiga tahun daripadanya. Mempunyai tiga orang anak yang semakin meningkat remaja. Tetapi katanya hidupnya tidak pernah bahagia seperti yang diimpikannya selama ini.

''Memang perkahwinan kami cinta sama cinta berjumpa ketika kami sama-sama naik bas pergi kerja di KL. Perkenalan secara tak sengaja dengan Kamal membawa kami ke jinjang pelamin, memang kami tak lama berkenalan, sebab saya tak suka tunggu lama-lama, kalau sama-sama sudah berkenan apa nak tunggu lama-lama, kami terus ambil keputusan untuk berkahwin. Ibu bapa kami pula tak ada halangan.

''Bertunang enam bulan terus berkahwin. Lepas dapat seorang anak setelah tiga tahun berkahwin, Kamal bertukar ke utara. Walaupun saya sayangkan kerja saya, tetapi saya terpaksa berhenti kerja kerana saya kerja swasta, dia kakitangan kerajaan. Selepas dua tahun dia utara Kamal terpaksa tukar balik KL. Sebabnya saya tak tahu, tetapi saya rasa pasal peribadinya, di ditukarkan serta merta. Kalau tidak kena berhenti kerja.

''Dari apa yang saya teka dia selalu datang kerja lewat, amaran demi amaran diberikan tapi dia tak peduli, puncanya mudah dia selalu balik larut malam. Tetapi saya tak boleh nasihatkannya, kerana dia rasa dirinya lebih penting, maklum makan minum saya pun dia yang tanggung sebab saya tak bekerja. Banyak soal takut kena pelempang, jadi saya diamkan aja. Buatlah ikut suka.

''Sekali lagi kami berpindah ke KL. Peluang itu saya gunakan cari kerja di tempat lama. Alhamdulillah saya diterima. Selepas dapat kerja saya rasa seperti hidup semula, sebab taklah dihina, makan minum kami dua beranak kembali bermakna.

''Oleh kerana dah ketagih hidup bebas waktu malam, dia sambung kembali perangai buruknya di KL, malah lebih teruk lagi. Kamal bukan sahaja tak menguruskan makan minum kami anak beranak yang sudah bertambah tiga orang, malah bila tak ada duit sayalah jadi mangsanya.

''Walaupun rumah tangga saya tidak pernah bahagia, tetapi saya bersyukur rezeki sering memehak kepada saya. Bukan sahaja gaji bertambah, dapat juga kenaikan pangkat. Saya rasa amat bertuah mendapat jiran yang baik yang boleh membantu saya menjaga anak-anak sepeninggalan saya bekerja.

''Dan pada kesempatan yang ada saya ambil peluang melanjutkan pelajaran. Pada saya perangai Kamal tidak boleh dibentuk lagi, kegilaannya kepada keduniaan menjadi-jadi, teman wanita keliling pinggang. Kadang tu saya hairan macam mana ramai gadis dan wanita suka mendekatinya, sedangkan dia sering tak berduit!

''Oleh kerana dia sering menggunakan kereta, sedangkan saya perlukan kereta untuk pergi belajar, maka saya beli sebuah kereta terpakai. Mulanya memang Kamal marah, kerana dia mahu saya membeli kereta baru yang lebih mahal. Bila saya berdegil tidak mahu tukar kereta baru, dia jadi lebih marah dan baran. Malah dia memecahkan cermin depan kereta saya kerana kegilan saya itu.

''Tapi masalah itu dapat saya atasi dengan nasihat kawan dan cermin ditukar tanpa membayar sesen pun. Nasib ada insuran.

''Dia mengutuk dan melebal saya isteri degil. Walau apa pun kutukannya saya tak pernah melawan, niat saya cuma satu mahu menamatkan pengajian saya dalam masa yang ditetapkan. Dan saya mahu membaiki dan meletakkan diri saya ke satu tahap dua tiga kali lebih baik daripadanya.

''Memang dulu saya isteri yang baik, sediakan sarapan, makan tengah hari dan malam untuk suami, di samping menjaga anak-anak, tetapi apabila suami sudah tidak berminat makan di rumah, bermula sejak kami pindah ke utara, kerana makanan di luar lebih enak dan lebih istimewa, maka saya ambil keputusan tidak ada gunanya saya jadi penunggu rumah menanti kepulangannya yang entah bila.

''Pada kesempatan yang dikurniakan Allah ketika berpindah kembali ke KL itulah saya gunakan untuk mencari kerja di samping membaiki diri saya dengan ilmu demi kebaikan saya dalam pekerjaan, di samping membaiki taraf pendidikan saya.

''Sebagai isteri, kelekaan Kamal di luar rumah memang merunsingkan fikiran saya, tetapi apa lagi yang boleh saya lakukan kalau setiap nasihat saya menjadi kemarahan dan kebenciannya. Saya tidak boleh membimbingnya, kalau dia tidak mahu dibimbing untuk menjadi seorang suami yang baik dan bertanggungjawab.

''Sejak itulah saya tanam satu semangat dalam diri, untuk apa saya menasihati orang, lebih baik saya baiki diri sendiri. Setelah lulus dan mendapat diploma, pangkat saya meningkat. Kamal masih belum tahu, dia fikir saya masih kerani seperti dulu. Dia mula tersedar dari mimpinya bila saya tukar kereta baru yang lebih mahal.

''Mulanya saya fikir perubahan diri saya tentu menjadi kegembiraannya malangnya ia menjadi kehenciannya. Kelakuannya menjadi-jadi dan mendakwa saya engkar kerana tidak mahu berbincang untuk menukar kereta. Ketika itu usia perkahwinan kami sudah menjangkau lebih 12 tahun.

''Akhirnya saya menasihatinya, kalau dia tidak mahu menukar sikapnya menjadi suami yang baik, maka saya akan bertindak meminta cerai. Dan dia boleh berkahwin lain dengan mana-mana wanita atau gadis yang dicintainya, mungkin saya bukan isteri yang baik dan sesuai untuknya.

''Waktu itu saya dah nekad nak jadi apa pun jadilah, sebab Kamal tidak boleh dinasihati lagi, dia suka hidup bebas dan bergerak ke mana sahaja yang disukainya. Dan wanita memang menjadi penghiburnya.

''Waktu itu saya lebih banyak menangis, tambahan pula ketika itu saya tak bekerja, hidup saya tak ubah seperti hambanya, mengurus anak dan rumah tangga, sementara dia tak pernah balik awal malam, kalau balik pun dia akan keluar semula. Sebenarnya semasa bekerja di utara telah mengubah segala-galanya dalam hidup kami.

''Namun saya berterima kasih kepada kak Sara yang banyak menasihati saya serta membantu saya menjaga dan membesarkan anak-anak saya semasa kami balik ke KL. Beliau bukan saudara mara saya, tidak bersekolah tinggi, tetapi nasihatnya banyak menjadikan saya apa yang saya pegang sekarang.

''Saya sudah banyak menangis, banyak makan hati kerana perbuatan suami yang lebih pentingkan diri sendiri dan suka mencari hiburan di luar, tetapi kak Sara banyak nasihatkan saya supaya bangkit dari kesengsaraan. Bangkit baiki diri. Katanya tak guna nasihatkan orang yang sudah lupa diri, tetapi baiki diri sendiri, kata kak Sara saya masih ada peluang belajar, dia boleh bantu saya aga anak-anak.

''Berkat nasihatnya, saya berjaya kini, suami bukan tempat kita bergantung hidup. Walaupun saya berjaya dalam pekerjaan berkat usaha dan titik peluh sendiri, tetapi saya tidak bahagia dalam kehidupan bersuami isteri. Kami bawa hal masing-masing, bercakap bila perlu dan tidak ada keharmonian dalam berkeluarga.

''Kejayaan saya dalam pekerjaan membuat Kamal jadi iri hati dan berubah jadi suami yang amat cemburu. Kalau dulu dia suka keluar malam mencari hiburan dan melepak dengan kawannya, kini dia jadi penunggu rumah, menyekat dan mengawal persahabatan dan pergerakan saya.

''Hinggakan nak balik kampung pun dia larang, dia bukan sahaja jadi seorang yang telah hilang harga diri, malah telah menyukarkan alam pekerjaan saya. Dia bukan sahaja mengawal panggilan telefon saya, malah menyekat setiap pergerakan saya. Semuanya bermula setelah saya minta diceraikan.

''Kerana saya rasa tak guna berkahwin kalau suami isteri bawa hal masing-masing, dia kenyang di luar saya kekeringan dalam rumah, jadi kalau bercerai bolehlah dia berkahwin baru dengan wanita yang sehati sejiwa dengannya. Tapi dia mula bimbang setelah melihat kejayaan saya dalam pekerjaan yang tidak pernah diduganya.

''Kini walaupun dia ada di rumah tetapi lebih menyukarkan untuk saya pergi Hari Keluarga anjuran pejabat dan berkursus, semua pergerakan saya mencurigakannya. Tapi dia tidak dapat mengawal pendapatan saya itu yang menjadikan dia lebih mencemburui saya.'' Demikian cerita Norzakiah panjang lebar.

Syabas dan tahniah kepada Norzakiah, kepayahannya hidup bersama suami, membawa dia kemercu kejayaan. Dan sapa sangka suri rumah seperti kak Sara berjaya menasihati Norzakiah hingga berjaya.

Kepada wanita senasib Norzakiah ikutlah nasihat kak Sara, semoga anda pun boleh berjaya bukan sahaja di bidang pekerjaan malah boleh jadi usahawan tersohor satu hari nanti. Biarkan suami terjun dengan labu-labunya.

SHARING IS CARING..


combi terpanggil utk share stori ni sbb combi juga ade seorg 'precious' yg sgt combi kasihi.ape pendapat anda SEANDAINYER anda ibu/bapa,kakak,adik,abang.anak sedara,ibu sedara/bapa sedara,opah atok,kawan kpd penulis email..??


layan jerr..


*sumber dari utusan malaysia


11 comments:

izan said...

combi,

perkahwinan ibarat perjudian kan..
nasib insan bergelar isteri mahupun suami... berbeza.

tiada kata yg mampu nak zan luahkan...

Mak Su said...

entahlah :(

kalau tak bahagia, tapi dicerca pula. bercerai lebih baik :(

zany said...

Nauzubillah, janganlah kita diuji dengan orang macam tu, susah nak cakapkan, bukan mudah nak keluar dari belenggu hidup macam tu.
Suami isteri kalau tak ada kemesraan dan komunikasi yang baik, merana jadinya hidup.

zany said...
This comment has been removed by the author.
Intan Rosnitta said...

K.Combiku,

Rindu kat akak...!

Cakap Kosong said...

antara kerjaya dan suami.....kekadang baik pilih kerjaya, kalau itu lebih membahagiakan!

echah_syed said...

izan >> tak setuju dgn izan sbb bila dah akad kita suda berjanji dgn diri sendiri dan pasangan utk bersama diwaktu susah dan senang :)

hanya takdir ALLAH memungkinkan segalanyer.

echah_syed said...

maksu >> betul tu mayb kita akan bertemu dgn pasangan yg lebih baik :)

echah_syed said...

zany >> takdir ALLAH sape bole menghalang tapi selagi kita diberi kekuatan semua bole diatasi :)

echah_syed said...

intanku >> mis u too :)

echah_syed said...

ck >> betul..setuju 150%