Saturday, March 6, 2010

hanya tinggal kenangan..

bekalan terakhir utk my bujang..

pertama kali nmpk bujang dgn uniform PLKN.ketika combi sampai dorang sibuk berlatih utk majlis penutupan.segak bergaya kan hehe.. :D

hanya tinggal kenangan samada yg pahit,tawar,masam dan manis.ptg jumaat combi ke kem buat kali terakhir utk menghantar sedikit bekalan makanan utk bujang dgn kawan2 dia kerana dorang akan masuk ke dlm hutan pada hari sabtu pagi dan pulang ke kem pada hari ahad.tiada paksaan ye kawan2 utk membawa makanan ke sana tapi combi dgn senang hati sengaja nak bawa. *jgn ada yg salah sangka pulak

bujang akan tamat lebih awal dari tarikh sebenar iaitu pada 10hb mac ini.ehh..dah habis mcm sekejap jer. mungkin kerana keputusan SPM akan diketahui pada hari khamis 11hb mac ini so tidaklah menjadi kesulitan kpd mereka utk menyemak permohonan ke ipta atau ipts.skrg semua permohonan melalui online bukan mcm dulu kena isi borang dan pos.kalau tersalah isi terpaksa padam dan comot ler borang kan.kadang2 borang sampai setelah tamat tarikh permohonan.

kalau tidak kerana PLKN mungkin combi tak kenal kampung2 yg menjadi laluan utk ke kem yg terletak di Kuala abai kota belud.semua akan menjadi kenangan manis kpd combi,huby,precious dan esp my bujang.tatau bila akan menjejak kaki ke kem sinar jaya lagi.

layan jerr..








11 comments:

abu muaz said...

Salam. Sekejap je masa berlalu.Tahniah untuk anak bujang yg hampir tamat latihan itu, memang banyak kenangan yang tinggal.

SYAbAR said...

tahun depan giliran anak min pulak sekiranya terpilih. Biasanya budak2 yg aktif taekwondo yg byk involve dgn dgn tournament dapat pengecualian dr PLKN

CT Delima said...

combi.... pas ni x der lah nak rindu2an dengan anak bujang lagi kan.Mesti lepas ni anak bujang tu rindu kat sume kawan2 kat PLKN tu.

Tu lah ct dgn ank pun berdebar2 gak ni nk tggu result keluar. moga anak2 kita berjaya ya combi. lily dah isi permohonan kemasukkan ker IPTA tu tapi x hantar lagi. tu lah tengah fikir2 lagi ni x tau mana satu nak pilih.dia kata nk tggu result keluar baru leh decide.

kita sama2 berdoa ya combi :)

echah_syed said...

abu muaz >>ws..
timakasih.a'ah harap byk benda baru yg dia kutip disana :)

echah_syed said...

syabar >> combi nmpk ada jugak perubahan sikap dia min setelah masuk kem.

dia mmg berharap dapat join PLKN sbb dia ikut kadet polis sekolah.

echah_syed said...

ct >> insyaALLAH ct.mesti rindu punyer dgn kengkawan dia.siap janji nak jumpa kalau dia bercuti diKL.

combi tak menaruh harapan yg tinggi ct sbb combi tahu tahap kemampuan dia.

azieazah said...

Sdr SYABAR, rasanya pelajar yg aktif dlm koko jarang terpilih.. dan ada setengah sekolah memang tak ramai dihantar.. tak pasti lak kenapa..

Anak saya pun tak terpilih, malah kawan2 dia pun tak ramai yg dapat.. (but most of them, tak suka pegi).

COMBI.. aku tanya IKA, result dah nak kuar, dia malas fikir tp aku yg terasa mcm ada rama-rama dlm perut aku..

echah_syed said...

azie >> hang tahu aku berdoa supaya dia dapat sbb dia mmg teringin sgt nak pegi.kesian pulak sbb tak sabo dok cek nama peserta plkn tak renti2 dlm tenet & sms :)

aku sgt tersentuh sbb aku berdoa dia dapat disabah saja dan mmg ALLAH makbulkan doa aku.aku rasa mcm tak percaya beb.*aku tak kasi tau dia sebelum ni yg aku nak dia disabah jek :p

mmg ramai kawan dia pun takmoh pegi tp bila tanya lepas balik ke rumah semua pun ckp best sgt.best jumpa kawan kot bukan best sbb latihan & ceramah...hiks

aku risau gak pasal result dia tapi aku tawakallillah jek sbb aku rasa mcm dah tahu result dia..

apapun tuah anak2 sape sangka kan.. :)

iDAN said...

Sdr Combi,

Terkadang saya tak suka anak tinggal di asrama sebab tak suka sendirian di rumah bersama isteri sahaja. Tapi itu pilihan terbaik untuk masa deoan mereka di rumah mereka leka & penat kita nak tegur.

Apa-apa pun bila kita dah tua nanti, memang kita akan sendirian juga. Kecuali rapat dengan cucu.

echah_syed said...

idan >> pengalaman combi dgn anak sulung yg pernah dok kat hostel berbeza dgn anak bujang yg dok kat rumah.

anak sulung tu lebih berdikari dan berani mencuba serta pantas.manakala anak bujang combi ni lebih peka dan sgt berhati-hati.

tapi karektor dorang saling melengkapi kerana bila dorang hang out berdua combi tak risau sgt.adik bole jaga kakak dan kakak pun slow down ler siket.

echah_syed said...

idan >> sambung siket lagi..a'ah ada cucu bole jugak buat kawan bergadoh :p