Wednesday, October 28, 2009

mancis yg bole dimakan...??

oat krunch dark chocolate..biskut baru dari munchys.ada berbagai flavour tp combi suke yg ini.dijual dgn harga rm7.90 sahaja. *harga sabah

dibungkus dlm pek mudah bawa & kiut mcm gini.ada 18 pek kecil semuanye.

yummy..! coklat chips yg diadun bersama oat.mmg rapuh serta rasa dia seakan biskut amos.


ermmm..cuba rasa mmg akan jatuh centa punyer wa cakap lu.. :p

~klik utk view pic~

ada kalsium & fiber serta yg penting sekali cop halal.biskut ni buatan malaysia bukan dari china.utk join contest klik sini


combi ternampak oat krunch ni semasa gi shoping barang dapur kat giant.sedang dipromosi skrg kerana combi rasa ini keluaran munchys yg terkini (disabah).huby mmg mkn oat setiap pagi so bila dia nmpk oat krunch teringin juga nak cuba.ada berbagai perasa tapi combi pilih yg ini sbb teruja nmpk coklat chips dia yg tertonjol kat atas biskut hehe..


mmg sedap ala-ala biskut amos yg dijual kat epot.betul bole cuba kalau tak percaya."kenapa tak percaya ka??" :D


*dlm hbeg beso combi mcm2 ada termasuk biskut ni.precious cakap beg doraemon :)


layan jerr..





Tuesday, October 27, 2009

dulu tabung ayam skrg tabung pendidikan..

menabung siket-siket lama-lama jadi bukit.tabung ni sama usia dgn precious.panjang umo ko ekk :)


dah berlobang montot tabung ni.pehal?? ermmm ni mesti kes korek tabung.. :p

bahagianye bila nmpk duit walaupun duit syiling.. :D


aduhaii..bulan ni takde gaji.nak tunggu 25 hb mmg sakit.ni ler org kata berjimat sebelum habis..! :(



teringat masa combi kecik-kecik dulu.kami adik beradik ada tabung ayam masing-masing.bila ada baki duit sekolah dimasukkan dlm tabung ayam tadi.bila dah rasa berat mmg tak sabo nak kasi pecah nak shoping ler apa lagi.budak kecik punye visi!


bukan nak beli barang yg mahal-mahal pun sekadar beli pensil,pensil warna dan buku nota 555.mak combi cakap buku hutang kedai.kenangan mengusik Qalbu.anak-anak skrg lebih beruntung kerana lahir jer ke dunia dah ada simpanan sendiri.duit hadiah dari kawan-kawan mak pak yg dtg ziarah dikumpul terus masuk ke dlm bank.pastu mak pak beli insuran pendidikan dgn cara potongan gaji bulanan.bila nak further study takyah kecoh-kecoh nanti.betul tak? :)


apapun kena ler beringat selalu.hidup kita ni mcm cuaca jugak.kdg cerah sampai silau mata.bila langit mendung guruh mula berdentum kilat sambar menyambar itu petanda hujan nak turun.sediakan lah payung kalau takut basah.tapi sekali sekala main hujan siok jugak :p


layan jerr..



Monday, October 26, 2009

ciuman mesra ikan kelah..

welcome to 'TAGAL' SG MOROLI,KG LUANTI BARU,RANAU.oits huby garang ooo kat situ :D

uishhh mcm tak percaya..ikan begitu banyak dan besar2 weiii..

kiutnyer dia..! :p

huby menahan geli..cuba tgk topi yg dipegang hehe :)

precious kasi ikan makan.melompat semua ikan2 sbb teruja nmpk makanan ditgn..kebiasaan pengunjung akan membeli makanan ikan semasa membeli tiket dikaunter.

time ni huby dah ok siket..tapi masih berdiri tegak disana menahan geli bila ikan menyentuh kaki..

teruja nmpk ikan begini byk tp mmg geli bila dia cium kaki hehe..

precious pun sgt teruja bila ikan berlumba2 minta makanan..

kulit ikan ni licin dan mmg tak bole pegang..tgk tu bikin seram jugak bila dah byk..

mmg jinak dan mesra pengunjung..

besar ikan kelah ni..

berlegar-legar dikaki ..

combi record dgn hset sebagai kenangan..

PEACE..

huby berdiri tegak jer..hehe :)


my hero..hensem tak??

kau dan aku ibarat ikan dan air..cewahhh!

candid..!


sila-sila ke kg Luanti,ranau..



penat melayan ikan..

phewitttttt..!

hehe..

insyaALLAH combi akan kembali lagi ke sini..terima kasih.

tak sabar combi nak cerita pasal kg Luanti baru,ranau sbb kat sini ade sesuatu yg special utk tatapan kawan2 semua.tercapai hajat combi nak dtg sini sbb mmg dah lama combi teringin sgt nak tengok ikan-ikan ni dgn mata kepala sendiri.sebelum ni combi hanya baca kat news paper,internet dan tgk kat RTM.


wow sgt ler best bermain dgn ikan-ikan kelah yg sgt mesra pengunjung berlegar-legar didlm air sungai yg cetek dan jernih sambil mengelilingi kaki pengunjung.combi pun tak sangka yg combi berani utk masuk kedlm sungai ni sbb kami mmg penakut binatang.pada mulanye mmg rasa cuak juga risau ikan tu gigit.tapi pekerja disitu beritahu yg ikan kelah tidak ada gigi.so lega rasanye..


disini ade disediakan chalet dan kawasan utk bercamping.hanya rm5 tiket masuk dan kita bole merasa ciuman ikan kelah dikaki .combi rasa kenangan bersama ikan-ikan disini sungguh indah dan terpahat dlm kamus hidup combi.anda bole klik sini utk berita tentang 'tagal' kg Luanti baru.


layan jerr..

~ klik gambo utk view ~




Sunday, October 25, 2009

pesta kobis kundasang 2009

pesta kobis kundasang 2009 dirasmikan oleh YB Datuk masidi manjun.tiap2 tahun pesta kobis diadakan kerana kundasang mmg pengeluar kobis utama sabah selain sayur-sayuran lain seperti lobak merah,daun bawang dan lain-lain lagi.

kebetulan skrg musim durian maka diadakan pesta durian juga.musim durian tahun ini sgt memberangsangkan sehingga sepanjang jalan tamparuli ranau banyak gerai durian,rambutan,langsat dan manggis.buah durian bole dibeli semurah rm2 yg kecil dan yg besar rm5.sebelum ini buah durian dijual sekilo rm25.aduiii matai kita!

kobis dlm bakul giant tuu..

gerai-gerai pameran dari kampung sekitar kundasang dan ranau.

bulatan kobis,tomato dan cili..

me & my darl..posing jugek :p

pemenang sayur kobis terbaik..combi tatau mcm mana dorang menilai sbb combi tengok sama jer.mungkin dari segi kualiti daun dan berat kot.pepandai aku :)

hiasan dlm bakul..

pentas yg dihias dgn kobis dan bunga kekwa..fuyooooo

chef wan sebagai jemputan membuat demo masak sayur kobis..live combi tgk chef wan.chubby dia skrg maklum ler org dah pemes seantero dunia mesti hati senang kan :)

zoom in siket ye..

pemenang hiasan sayur dlm bakul.. tempat pertama

tempat kedua..

tempat ketiga..

tadi pagi combi,huby dan precious pergi pesta kobis kundasang.my bujang tak ikut sbb dia ada kem add math kat sekolah dari pagi sampai petang.so kami jln bertiga jer.meriah dgn berbagai-bagai acara diadakan ditempat yg berlainan iaitu ditaman kinabalu,dipekan kundasang dan dipekan ranau.kami cuma sempat melawat dipekan kundasang jer sbb ada acara lain yg akan combi cerita pada nx n3 yer..tungguuuu


gambar yg combi rakam adalah acara dipekan kundasang sahaja.tak tidor pun disini kerana my bujang tak ikut dan kebetulan huby ada jemputan tahlil dan kenduri doa selamat utk kawan baik dia yg akan menunaikan fardhu haji pada 27 hb nanti.tahlil dan kenduri tersebut diadakan pada lewat ptg.so kami kena balik awal.


layan jerr..