Friday, July 11, 2008

so funny...! 110708 12.11am

Suatu pagi seorang anak yang baru masuk sekolah primary bertanya kepada daddynya, ‘Daddy, daddy,SEX tu apa, daddy..?’ Terkulat-kulat si ayah. Terfikir dia tentang arus kemodenan zaman sekarang yang membuatkan manusia berfikiran terbuka, termasuklah anak-anak yang masih kecil. Sesuai dengan konsep pendidikan seks yang sedang hangat dibincangkan, mulalah si ayah mencari-cari jawapan yang sesuai dengan harapan anaknya takkan tertinggal dalam arus pendidikan moden.

Maka si ayah pun memberikan jawapan secara mengiaskan kumbang dan bunga, telur yang menetaskan berudu dan seterusnya menjadi katak, hujan serta benih yang mencetuskan tunas, diikuti dengan pembentukan bayi dalam kandungan.
Sebelum mengakhiri jawapannya itu, si ayah menyelitkan pula kisah percintaan antara dia dan mamanya sejak dari zaman sekolah menengah lagi hinggalah kepada kelahiran seorang bayi comel iaitu si anak yang bertanya itu. Tiba-tiba si anak menangis teresak-esak.

Si ayah kehairanan. ‘Eh kenapa ni?’ Si ayah bertanya kehairanan. Si anak masih juga menangis. ‘Jawapan daddy tu panjang sangat, tapi tempat nak tulis jawapan ni pendek. Daddy ajalah yang tulis, waaaaa!!!!’ Kata si anak lantas menyerahkan buku latihan Bahasa Inggerisnya yang pada muka depan tertulis….

NAME:…………………………….

SCHOOL:……………………………

CLASS:……………………………

SEX :………………..

jom kita gelak guling2 sbb gelak adalah terapi kesihatan & awet mudoo :D

nota : jgn laa mengilai nnt masuk antu..betol tak diva :p

credit utk wan omar.

17 comments:

CIKGU PANJI said...

dah habis guling2. 2 hari lepas, dlm perjlnn nak ke sek, ain tanya saya: kenapa orang kawin je boleh beranak? Terkulat2 saya mencari jawapan.Saya cakap, kalau ummi jwb pun ain tak faham.Dia cakap, ain faham kalau ummi cakap.Kebetulan jln sesak hari tu, saya pun buat mcm terkejut.Ya Allah patut le sesak, traffic light tu....bla bla bla...mcmana nak jawab ye??

echah_syed said...

cpanji >> huahua combi dpt bayangkan mcmane gagap ko terkebil kebil bijik mata :p

anak tumpang aku tanye mak dia..ngape makcik ngn pakcik dia tido sama2 dlm bilik..tak malu ke??

bkn ke org lelaki ngn pompuan tak bole dekat2..hehe :p

kebetulan dorang dtg sini berbulan madu baru lps kawen :)

suara said...

Cikgu Panji... anak-anak skrg ni mmg byk bertanya soalan yg menguji kita. Err... dah jawab ke belum? Soalan tu 2 hari lepas kan? Nak jgak tahu.

Combi...
Nurse tanya pemuda tentang gender dia utk isi borang pendaftaran, bila dijawab, dia kena penampar... kenapa ya...?

Nurse tanya; SEX?
jawabnya; ermm.. sex c
itulah kalau mata dah menguasai otak, mulut jadi tak waras...

echah_syed said...

suara >> sex c yer?? baru tahu hehe..

combi pernah nmpk lelaki langgar tiang sbb dok pandang pompuan cantek n sex c :p

bkn berkereta tp berjln kaki..hohoho

hebatz panahan mata !

thafiexq said...

adus.. kalolah situasi tu terjadi pada aku.. apalah aku nk jawab.. dalam konteks pertanyaan mmglah kite kene jawab itu macam kan..

macam macam..

saya ada kawan, adik dia baru 3 tahun. si bapak nie slalu sebut shit shit mase memandu.. pastu si anak ni tetibe sahaja "abah shit! abah shit!"

dia ingat shit tuh apela ek.. waaa

echah_syed said...

thafiexq >> tu laa nasib dia tak ckp'shit abah aku' hehe :p

budak2 ni jujur.. :)

sume maklumat simpan dlm komputer kepala dia..kita kena alert bila berckp kan.esp yg tak baik :D

azisazahar said...

aiseyyy...sekali bapak terover bagi explanation la pulokkkk...wakakakakaka

echah_syed said...

azis >> bapak dia dah panik kot..huahua :D

kesian budak tu :p

Mat Gebu said...

hahahahaha....adoii gelak sampai nak terkencing baca n3 kak combi nihh. yg si abah dia tu sungguh2 lah xplain...tapi kalau budak sekolah rendah bertanya kita mmg jadi terkesima jugak, anak buah mat pun pernah yang darjah 3, bukan tanya je tau..siap ngejaa sekuat2 nyaa, S.E.X tu apaaaaa!!!!!!...adoiii...mcm muka aku kena simbah dgn simen lori siput!!!....nak menjawab mcm kaku..haiyooo!!!!

echah_syed said...

mat >> ko tambah je C kat ujung..jadi laa SEX..C :p

tu laa ekk.anak2 skrg mulut kepoh mcm nenek kebayan :D

Akak said...

Salam Combi...

Tergelak akak baca enrty nie, kesian kat pak dia penat2 explain jawapan yg sebenaqnya pendek jerr kan..

Anak2 sekarang nie mmg menguji minda mak bapak samak lah ngan anak dara kecik kak tu balik sekolah jerr mulut cam bertih jagung dia bersembang..

echah_syed said...

akak >> pak dia terover explain hehehe :p

betol tu akak..anak tumpang combi ckp dia tak sabo nak kawen sbb nak dpt baby yg cute hohoho :D

mmg lawak mr bean :p

Akak said...

Salam Combi...

Ari mai baca yang nie lagi tapi bawa anak & anak sedara yg nak bacab juga, depa gelak bukan main...

Lily.Lulu. said...

hahahaha !!
tu la daddy nih ...
over pulak story
:P

aNgRiAni said...

akak..yani pun ado citer lucu ala² mcm nie gak...

seorang budak tu isi tempat kosong kat RACE tu dengan perkataan CIBAI! sebabnya bapa dia cina, mak dia benggali @ bai...so dia buat kesimpulan dia berbangsa CI (CIna) + BAI (Benggali) = CIBAI..hohohoho
memang kisah benar tau kak...ahaks....

echah_syed said...

lily >> huhuhu :p

gelabah tu :D

.....................................

yani >> hiks :p

adehhh..! sensored :D

echah_syed said...

akak >> tu laa ekk.

combi pun suspen jer..ending dia lawak giler :p